Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEMELUT DI OLD TRAFFORD

Tiada 'masa tambahan' buat Mourinho di Old Trafford

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho telah meninggalkan kelab itu selepas ia mengharungi permulaan liga paling mengecewakan dalam sejarah Liga Perdana England, kata kelab itu dalam kenyataannya semalam.



United, yang kini tercicir 19 mata di belakang pendahulu liga Liverpool, telah memulakan musim dengan cara paling buruk dalam tempoh 28 tahun.



Kekalahan kepada Liverpool minggu lalu - keputusan 1-3 di Anfield - adalah perlawanan liga terakhir bagi United di bawah pimpinan Mourinho.



Berikut beberapa tarikh mercu tanda dalam kerjaya Mourinho di United:



27 MEI 2016: Dilantik sebagai pengurus, untuk menggantikan Louis van Gaal.



7 OGOS 2016: Memenangi trofi pertama di United, selepas ia menewaskan Leicester City 2-1 dalam perlawanan Perisai Sumbangsih di Wembley. Pemain baru, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol kemenangan.



11 SEPTEMBER 2016: Tewas 2-1 kepada Manchester City dalam 'derby' pertama dengan seteru sekota yang dipimpin oleh Pep Guardiola.



23 OKTOBER 2016: Dibelasah 4-0 oleh Chelsea di Stamford Bridge, hampir setahun selepas Mourinho dipecat Chelsea.



29 OKTOBER 2016: Diusir pengadil ke tempat duduk penonton pada waktu rehat kerana memprotes keputusan pengadil dalam perlawanan dengan Burnley yang berkesudahan 0-0 itu.



26 FEBRUARI 2017: Ibrahimovic menjaringkan dua gol bagi membantu United menewaskan Southampton 3-2 untuk menjulang Piala Liga. Mourinho menjadi pengurus pertama United untuk memenangi trofi dalam musim pertama.



21 MEI 2017: Mengakhiri musim pertama dengan kemenangan ke atas Crystal Palace. United menduduki tangga keenam, 24 mata di bawah juara Chelsea.



24 MEI 2017: Menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 di final di Stockholm, Sweden, untuk memenangi Liga Europa.



8 OGOS 2017: Tewas 2-1 kepada Real Madrid dalam Piala Super Uefa. Pemain baru Romelu Lukaku menjaringkan gol sagu hati.



21 OKTOBER 2017: Rekod 13 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan berakhir selepas tewas 1-2 kepada Huddersfield.



20 DISEMBER 2017: Tewas 1-2 kepada pasukan Championship Bristol City, dan tersingkir dari Piala Liga.



26 JANUARI 2018: Mengikat kontrak baru supaya kekal sebagai pengurus United sehingga 2020, termasuk pilihan melanjutkan kontrak.



13 MAC 2018: Sevilla menyingkir United dari peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas memenangi perlawanan kedua di Old Trafford 2-1. Perlawanan pertama berakhir tanpa gol.



7 APRIL2018: Paul Pogba menjaringkan dua gol dan Chris Smalling menyumbat gol kemenangan untuk membantu United menewaskan City 3-2 dan menunda tarikh penabalan mereka sebagai juara liga.



12 MEI 2018: Rui Faria meletak jawatan sebagai penolong Mourinho. Pasangan itu telah bekerjasama di berbilang kelab sejak 2002.



19 MEI 2018: Tewas kepada Chelsea dalam final Piala FA. Gold kemenangan dijaringkan Eden Hazard menerusi tendangan penalti.



27 OGOS 2018: Tewas kepada Brighton dalam perlawanan kedua musim baru, diikuti kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur - kekalahan paling buruk dialami Mourinho dalam kerjanya apabila beraksi di tempat sendiri.



29 SEPTEMBER 2018: Rekod lima perlawanan tanpa kalah berakhir selepas ia ditewaskan 1-3 oleh West Ham di Stadium London.



11 NOVEMBER 2018: Tiga kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan 2-1 ke atas Juventus memberi suntikan keyakinan baru, tetapi United tewas 1-3 kepada City dalam perlawanan selanjutnya.



17 DISEMBER: United menundukkan Young Boys 1-0 untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara dan menunda tarikh pemecatan Mourinho.



Namun ia tewas kepada Valencia dalam perlawanan kumpulan terakhir dan 1-3 kepada seteru tradisi pada perlawanan seterusnya, untuk menambah tekanan ke atas Mourinho.



18 DISEMBER 2018: Dua hari selepas kekalahan pertama kepada Liverpool dalam sembilan perlawanan, United mengumumkan bahawa Mourinho telah dipecat pada pagi Selasa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >