Premium
Tiada Neymar bagi Brazil
May 7, 2016 | 5:30 AM
SKUAD MUDA: Dunga (kanan) bersama pasukannya dalam latihan baru-baru ini. - Foto REUTERS -
RIO DE JANEIRO (Brazil): Seperti dijangka, Neymar tidak disertakan dalam skuad Brazil bagi Copa Amerika bulan depan, dengan jurulatih Dunga memilih skuad yang muda.
Neymar tidak disertakan bagi pertandingan itu kerana kelabnya, Barcelona, hanya melepaskannya bagi satu pertandingan antarabangsa setahun, dan Neymar dijangka disertakan dalam skuad Olimpik Brazil Ogos ini.

