Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Tiada pemain 'lebih besar' dari kelab... walaupun pemain itu Ronaldo

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



TIADA pemain yang 'lebih besar' daripada kelab.



Ini walaupun pemain itu bergelar Cristiano Ronaldo, yang digelar G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa.



Pada Rabu lalu, tindakan bintang Portugal itu mengecewakan fraterniti bola sepak selepas beliau meninggalkan Old Trafford sebelum tamat waktu perlawanan semasa kemenangan 2-0 United ke atas Tottenham Hotspur.



Ronaldo, 37 tahun, yang bermula di bangku simpanan, tidak ditampilkan dalam perlawanan itu.



Ini meskipun pengurus kelab Old Trafford itu, Erik ten Hag, merancang untuk menurunkannya pada saat-saat akhir perlawanan namun Ronaldo dikatakan enggan berbuat demikian, menurut beberapa laporan media.



Sebaliknya, Ronaldo dilihat meninggalkan bangku simpanan United dan berjalan menyusuri terowong ke bilik salin pakaian pada minit ke-89 sebelum meninggalkan stadium. United hanya melakukan tiga daripada lima pertukaran yang dibenarkan.



"Itu tidak boleh diterima - ia (kelakuan) yang buruk," kata bekas penyerang England, Gary Lineker, kepada BBC Match of the Day.



Bekas pemain pertahanan England, Micah Richards, pula memberitahu BBC Radio 4:



"Bagi salah seorang pemain yang hebat dalam permainan ini untuk melakukan sedemikian apabila pasukan anda menang, menjadikankan tumpuan kepada dirinya... ini adalah sesuatu yang mengecewakan."



Akibat tindakannya yang disifatkan "tidak profesional" itu, United kelmarin memutuskan untuk mengetepikan Ronaldo daripada perlawanan mereka menentang Chelsea awal pagi ini (waktu Singapura).



Tindakan United itu berani dan tidak dinafikan akan membuka mata Ronaldo untuk melihat siapa yang berkuasa di Old Trafford.



Keputusan Ten Hag untuk menggugurkan Ronaldo daripada lawatan skuadnya ke Stamford Bridge dianggap sebagai langkah disiplin dan ia kelihatan seperti hierarki pengurusan United menyokong 100 peratus keputusan jurulatih asal Belanda itu.



Tidak kira anda pemenang lima kali Ballon d'Or atau telah menjaringkan 700 gol kelab, salah tetap salah dan ketegasan Ten Hag terhadap salah seorang daripada pemain bintangnya menunjukkan beliaulah bos dalam pasukan itu.



Hari demi hari, ia semakin jelas Ronaldo merasakan dirinya kian dipinggir di United. Ia juga jelas bahawa beliau tidak serasi dengan gaya permainan yang disukai Ten Hag.



Ini walaupun Ronaldo kekal dilihat sebagai pemain penting dalam skuad Ten Hag.



Tetapi, realitinya, daripada bermasam muka di bangku simpanan, mungkin sudah tibanya untuk Ronaldo mencari pintu keluar pada tempoh pemindahan Januari ini - demi kebaikannya dan juga United.



Kelakuan Ronaldo ini bukan hanya mencemar reputasinya dan kelab, bahkan menjadi 'gangguan' kepada skuad yang mula menunjukkan peningkatan dan keserasian di bawah kendalian Ten Hag.



Mungkin United boleh mendapatkan nasihat daripada pendahulu liga, Arsenal.



Penyingkiran kapten Pierre-Emerick Aubameyang dari The Gunners pada musim lalu mengejutkan ramai tetapi ia menyediakan pengurus Mikel Arteta persekitaran sesuai untuk membangunkan skuad muda Arsenal.



Lihat sahaja hasilnya sekarang. Taruhan Arteta awalnya dikecam tetapi kini berbaloi - dengan anak didiknya memenangi sembilan dari 10 perlawanan awal untuk mendahului Liga Perdana England (EPL).



Dengan United menduduki tangga kelima EPL sejauh ini dan kelihatan hampir kembali ke zaman kegemilangannya, tidak salah untuknya sekali lagi mengucapkan selamat tinggal kepada CR7.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >