Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Tiada petunjuk perubahan bawah pengurus baru Ten Hag

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Tiada petunjuk perubahan bawah pengurus baru Ten Hag

Ia perlawanan pertama bagi seorang pengurus dengan pasukan baru, maka perlu masa bukti kemampuan
Aug 10, 2022 | 06:50 AM

KEPUTUSAN amat buruk dan persembahan Manchester United mengecewakan.

Namun, apa yang paling teruk bagi peminat The Red Devils dalam kekalahan 1-2 oleh Brighton adalah tiada petunjuk bagi perubahan di bawah pengurus baru mereka, Erik ten Hag.

Anda perlu berhati-hati agar tidak terbawa-bawa apabila menganalisis mana-mana pasukan pada hujung minggu pembukaan musim ini, terutamanya apabila ia adalah perlawanan pertama bagi seorang pengurus dengan pasukan barunya.

Saya amat percaya bahawa pengurus terbaik dengan idea terbaik mengambil masa untuk melaksanakannya di dalam Liga Perdana England (EPL), contohnya Jurgen Klopp (Liverpool) dan Pep Guardiola (Man City).

Tetapi, dalam senario United, peminat biasanya ingin melihat apa yang bos baru mereka telah usahakan dan mendapat idea tentang jenis gaya permainan yang beliau mahu laksanakan.

Jika keadaan tidak berjalan lancar di atas padang serta-merta, anda boleh memaafkannya, tetapi anda masih menjangkakan untuk melihat beberapa tanda bagaimana semuanya akan bergabung dan berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, tidak banyak tanda-tanda tersebut dilihat di Old Trafford. Sebaliknya, rasanya terdapat banyak masalah dalam perlawanan pertama EPL Ten Hag.

Perlawanan itu bertujuan menjadi permulaan baru untuk United tetapi gol yang mereka bolos menentang kelab Seagulls itu adalah peringatan mengapa mereka begitu teruk musim lalu, apabila mereka terlalu mudah bermain dan meninggalkan terlalu banyak ruang untuk pihak lawan.

Anda perlu memberikan penghargaan kepada Brighton juga. Pasukan Graham Potter adalah pasukan yang baik dan selesa dengan cara mereka bermain, dan mereka menekan United dengan sangat baik.

Adakalanya pada awal permainan, United cuba bermain dari belakang tetapi mereka cepat hilang keyakinan apabila kehilangan bola.

Mereka mula meragui diri sendiri dan mula membuat hantaran jauh walaupun mereka tidak mempunyai penyerang tengah.

Saya pasti Ten Hag mahu mereka bermain lebih banyak tetapi mereka tersesat dan ketinggalan dua gol sebelum separuh masa pertama juga memburukkan keadaan.

Meskipun mereka lebih baik pada separuh masa kedua, apabila Christian Erisen turun dan mendapatkan bola, ia agak sukar untuk mempertikaikan mereka layak mendapatkan apa-apa daripada perlawanan itu.

Anda juga dapat melihat mengapa Ten Hag berusaha keras untuk mendapatkan Frenkie de Jong dari Barcelona.

Beliau jelas mahukan seseorang di bahagian tengahnya yang selesa mengeluarkan bola dari pertahanan dan mengawal permainan.

Malah, legenda Manchester United, Paul Scholes dan Roy Keane juga telah menyalahkan pemain tengah Scott McTominay dan Fred atas kekalahan terdesak hari pembukaan kepada Brighton itu.

"Ia adalah permulaan yang mengejutkan untuk Man United dan separuh masa pertama yang sungguh membingungkan.

"Tanda-tanda sudah ada sejak beberapa minit pertama bahawa ini akan menjadi buruk," kata Scholes kepada produksi Liga Perdana.

Scholes menambah: "Fred memberikan bola sepanjang masa dan McTominay cuba berlari dengan bola secara berterusan dan kemudiannya menghilangkan bola. Hantarkan kepada pemain terbaik anda! Ia tidak begitu sukar. Ia adalah sangat buruk hari ini".

Keane pula menambah bahawa duo itu tidak cukup baik untuk United.

"Mereka tidak akan membuat Man United kembali bersaing di puncak (liga), kami melihatnya dari minggu ke minggu... ia tidak sesuai.

"Mereka terpaksa mengambil risiko pada separuh masa kedua dan Eriksen mungkin berada dalam kedudukannya apabila beliau turun ke bawah dan mencari pemain lain tetapi ia terlalu lambat," kata Keane.

Jadi, sementara Ten Hag telah melihat beberapa perkara daripada skuadnya sepanjang musim panas ini, beliau hanya mula melihat watak sebenar mereka apabila musim EPL baru ini bermula.

Beliau akan memerlukan sedikit masa untuk mengetahui siapa yang benar-benar boleh dipercayainya, dan siapa yang tidak boleh dipercayainya, selain mendapatkan mana-mana pemain baru sebelum akhir bulan ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3