Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Tiada pilihan lain, ten Hag perlu bina semula Man U

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Cara Manchester United tewas dan disingkir dari Liga Europa minggu lalu mencadangkan skuad yang diwarisi Erik ten Hag itu perlu dipecah dan kemudian dibina semula, bermula musim panas ini.



Malah, pemain midfield United Paul Scholes, yang kini menjadi juruanalisis bola sepak, berkata satu perkara positif daripada kekecewaan tersingkir dari Liga Europa ialah ten Hag kini pasti sedar siapa yang harus diusir dari kelab.



Pada Khamis, United tewas 3-0 kepada Sevilla dalam suku akhir kedua di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan, yang bermakna ia kalah pada agregat 5-2 selepas suku akhir pertama di Old Trafford berakhir 2-2.



Ini walaupun United mendahului lawan 2-0 dalam suku akhir pertama, sebelum menjaringkan dua gol sendiri lewat dalam perlawanan.



Mengulas kekalahan United, Scholes memberitahu BT Sport:



"Saya rasa malam ini telah membuat ten Hag memikirkan tentang masa depan beberapa pemain. Mungkin itu satu-satunya perkara yang baik yang akan datang daripada perlawanan ini.



"Ini menunjukkan skuad ini tidak cukup bagus, jika anda dilanda kecederaan. Skuad ini boleh mengendalikan perlawanan lain tetapi apabila di bawah tekanan, dalam suasana yang mencabar, mereka tergelincir. Kualiti pasukan menurun apabila pemain utama tidak cergas."



Marcus Rashford - penjaring gol terbanyak United musim ini - dimasukkan dalam separuh masa kedua walaupun masih mengalami kecederaan - menunjukkan keadaan yang terdesak di United.



Tanpa Raphael Varane dan Lisandro Martinez yang cedera, dua pemain pertahanan, Harry Maguire dan Victor Lindelof yang diturunkan kelihatan goyah.



Penyerang Anthony Martial, yang digantikan selepas sejam beraksi, pula hambar.



"Anthony Martial seorang pemain yang berbakat tetapi saya fikir apabila keadaan menjadi sukar apabila dia benar-benar perlu bekerja keras, dia tidak begitu berminat untuk melakukannya," kata Scholes.



Bekas pemain midfield Scotland Don Hutchinson, menambah: "Saya rasa Ten Hag akan melihat beberapa pemain ini dan menganggap anda tidak sesuai untuk memakai baju merah Manchester United.



"Mereka juga memerlukan pemain nombor sembilan. Mereka perlu pergi mendapatkan Harry Kane, jika tidak saya akan terkejut sekiranya mereka tidak pergi mendapatkan Victor Osimhen dari Napoli."



Antara mereka yang mungkin di ambang pintu keluar Old Trafford ialah David De Gea.



Dalam kekalahan Liga Europa, penjaga gol United itu sebahagian besarnya dipersalahkan.



De Gea tidak perlu meletakkan Harry Maguire di bawah tekanan untuk gol pembukaan dengan hantaran pendek yang tidak diingini, manakala untuk gol ketiga Sevilla, beliau tergesa-gesa keluar dari gawang untuk mencuba menendang bola jauh dengan melakukan separuh 'volley', tetapi tersilap dan membenarkan Youssef En-Nesyri untuk menjamin kemenangan.



Ditambah tandukan Loic Bade yang masuk terkena bahagian dalam palang dan melepasinya sejurus selepas separuh masa, ia adalah salah satu malam terburuk dalam kerjaya De Gea, dengan perjanjian semasanya di Old Trafford tamat musim panas ini.



Sejak awal musim lalu, menurut Opta, tiada pemain Liga Perdana yang melakukan lebih banyak kesilapan yang membawa kepada gol lawan dalam semua pertandingan berbanding De Gea (5).



"De Gea telah berkhidmat dengan cemerlang kepada kelab dan dapat menghalang rembatan dengan hebat," kata bekas pemain United, Owen Hargreaves. "Tetapi dia tidak bagus dengan kakinya dan ten Hag mahu menyusun serangan dari bahagian pertahanan.



"Adakah dia sesuai dengan falsafah ten Hag? Berdasarkan hari ini, tidak." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >