Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA ENGLAND

Tiada Salah, tiada Mane... tapi tiada masalah bagi Liverpool

Penyerang asal Portugal, Jota, jaringkan dua gol untuk bawa Liverpool ke final
Jan 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ketiadaan Mohamed Salah dan Sadio Mane bak tidak dirasakan oleh Liverpool, selepas ia menewaskan Arsenal 2-0 dalam separuh akhir Piala Liga England di padang lawan semalam, sekali gus menempah tempat ke final di Wembley untuk bertemu Chelsea bulan depan.



Wira pasukan dalam perlawanan separuh akhir kedua itu - selepas separuh akhir pertama berakhir seri tanpa gol - ialah Diogo Jota yang menjaringkan dua gol dan menunjukkan beliau juga berkebolehan untuk memimpin barisan depan kelab bergelar The Reds itu.



Malah, beberapa pemerhati bola sepak berkata Jota telah benar-benar 'mekar' sebagai pemain berkaliber sejak menyertai Liverpool dari Wolves dan pengurus Liverpool Juergen Klopp menyifatkan Jota sebagai "pemain taraf dunia".



"Diogo sangat hebat. Kami benar-benar yakin apabila beliau tiba di kelab ini, beliau dapat memainkan peranan yang besar,"



"Sejak tiba di sini, beliau telah mengorak langkah penting... bertukar menjadi penyerang yang benar-benar bertaraf dunia.



"Mentaliti serta kualiti yang dimilikinya adalah sebab mengapa kami menandatanganinya. Beliau bukan sahaja cemerlang malam ini, walaupun beliau menjaringkan dua gol. Tapi lebih daripada itu, beliau adalah pemain yang penting untuk pasukan kami," kata Klopp.



Liverpool kini terpaksa beraksi tanpa trio pemain Afrika - Salah, Mane dan Naby Keita - yang masing-masing sedang mewakili negara mereka yang telah melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika yang berlangsung sekarang.



Namun, ketiadaan mereka kurang dirasai Liverpool dalam separuh akhir kedua semalam, kecuali dalam 15 minit pertama.



Menyusuli itu, Liverpool menguasai perlawanan dan boleh memenanginya dengan jurang gol lebih besar jika pemain seperti Firmino, Takumi Minamino dan Ibrahima Konate tidak mensesiakan beberapa peluang jaringan yang diperolehi.



Kemenangan itu membuka laluan bagi Liverpool untuk memenangi trofi itu musim ini, dengan Chelsea pengadang terakhir bagi pasukan yang telah memenangi Piala Liga lapan kali sebelum ini.



Secara kebetulan, Piala Liga juga adalah peluang baik bagi Chelsea untuk memenangi trofi musim ini.



Kededua Liverpool dan Chelsea kini ketinggalan jauh di belakang Manchester City dalam persaingan memenangi Liga Perdana England.



Chelsea, yang juga digelar The Blues, layak ke final selepas menang 3-0 menerusi keputusan agregat ke atas Tottenham Hotspur, minggu lalu.



Bagi Klopp, ini adalah kali pertama beliau memimpin pasukannya ke Wembley sejak Liverpool tewas kepada City melalui sepakan penalti dalam final Piala Liga 2016.



"Wembley adalah tempat yang istimewa... sepertimana kita semua tahu. Terdapat banyak perlawanan yang perlu dilalui terlebih dahulu sebelum kami dapat melangkah ke final.



"Kami telah memberikan tumpuan penuh pada pertandingan ini dan kami benar-benar tidak mahu tersingkir.



"Jadi apabila anda berjaya... dapat ke final, tidak ada sebab anda menyertai perlawanan akhir jika anda tidak mahu menang piala itu," ujar Klopp lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >