Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FLOORBALL

Tidak ada Sukan SEA? Skuad floorball lelaki, wanita fokus pada kejohanan dunia

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



SAMA ada Sukan SEA Ke-31 Vietnam akan dianjurkan atau tidak, ia akan tidak menjejas skuad floorball nasional Singapura.



Ini kerana kededua skuad lelaki dan wanita floorball negara sedang menumpukan perhatian kepada Kejohanan Floorball Sedunia (WFC) yang dijadual berlangsung pada akhir tahun ini.



Kejohanan Floorball Lelaki Sedunia Ke-13 akan diadakan di Helsinki, Finland, dari 3 hingga 11 Disember, manakala Kejohanan Floorball Wanita Sedunia Ke-13 dijadual diadakan di Uppsala, Sweden, dari 27 November hingga 5 Disember.



Skuad floorball lelaki nasional berjaya melayakkan diri berdasarkan ranking empat terbaik dari kumpulan Asia-Oceania, sementara pasukan wanita negara pula melayakkan diri berdasarkan ranking ke-14 di dunia dan ketiga dari zon Asia-Oceania.



"Meskipun Pertandingan Kelayakan Persekutuan Floorball Asia-Oceania (AOFC) Lelaki di Bangkok, Thailand, dijadualkan diadakan pada Febuari 2020, Lembaga Pusat dan Jawatankuasa AOFC memutuskan untuk membatalkan pertandingan kelayakan itu, sebahagian besarnya disebabkan ketidaktentuan pandemik Covid-19.



"Dan mereka bersetuju bahawa empat pasukan yang menduduki ranking teratas dalam AOFC akan melayakkan diri secara langsung ke WFC dan keempat-empat pasukan itu adalah Australia, Thailand, Singapura dan Jepun," jelas Wendy Kuan, pengurus besar Persatuan Floorball Singapura (SFA) dalam satu e-mel kepada Berita Harian baru-baru ini.



Skuad wanita nasional pula, tambah beliau, turut melayakkan diri apabila Pertandingan Kelayakan AOFC dibatalkan.



"Tahun 2021 ini sekali lagi menyaksikan pandemik Covid-19 terus menyukarkan persiapan dan perjalanan di banyak negara. Oleh itu, Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) dan Jepun, selaku hos Pertandingan Kelayakan AOFC Wanita yang dijadualkan dari 29 Jun hingga 3 Julai di Hachioji, memutuskan untuk meneruskan kelayakan berdasarkan ranking dengan tiga negara pada kedudukan teratas iaitu Australia, Jepun dan Singapura melayakkan diri secara langsung," kata Wendy.



Kededua pasukan lelaki dan wanita nasional telah pun memulakan latihan persiapan untuk menghadapi kejohanan tersebut dengan mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) sejak Julai tahun lalu.



"Kami telah menetapkan beberapa sasaran dalam WFC 2021 yang akan datang.



"Bagi skuad wanita, kami mahu mereka sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan ke-12 yang dicapai pada WFC 2019, pencapaian yang membolehkan mereka memenangi Anugerah Pasukan Terbaik 2020.



"Sasaran bagi skuad lelaki adalah memperbaiki pencapaian kedudukan ke-16 yang dicatatkan pada WFC 2018.



"Meskipun floorball belum mendapat tempat sebagai acara tetap dalam Sukan SEA, kededua skuad lelaki dan wanita berjaya melayakkan diri dan mewakili Singapura di pentas antarabangsa.



"Matlamat jangka panjang bagi kededua pasukan adalah menduduki ranking ke-10 di dunia.



"Menjadi harapan kami pencapaian ini akan membantu meletakkan floorball sebagai salah satu sukan utama dalam Sukan SEA pada tahun-tahun mendatang," ujar Wendy.



Vietnam, selaku hos Sukan SEA pada tahun ini, tidak menyenaraikan floorball sebagai salah satu acara yang dipertandingkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >