Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA MALAYSIA

Tiga anak watan S'pura bakal beraksi dalam final JDT-Kedah

Nov 01, 2019 | 05:30 AM



PIALA Malaysia mengimbau pelbagai kenangan pahit manis bagi penyokong bola sepak tempatan.



Sejak penubuhannya pada 1921, Singapura telah mengungguli kejohanan itu sebanyak 24 kali menjadikan ia pasukan kedua paling banyak menjulang piala tersebut, di belakang Selangor yang memungut 33 piala.



Musim ini, perlawanan akhir Piala Malaysia berprestij itu bakal kembali dan beberapa anak watan Singapura bakal beraksi untuk pasukan masing-masing.



Aidil Sharin Sahak, Shakir Hamzah dan Hariss Harun bakal turun padang dalam peringkat akhir Piala Malaysia antara Kedah FA dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) esok.



Aidil, jurulatih Kedah, akan memimpin pasukannya ke peringkat akhir selepas perlawanan separuh akhir kedua menentang Pahang Sabtu lalu berkesudahan 5-5 .



Helang Merah (gelaran pasukan Kedah) sebelum ini diikat pasukan Pahang 3-3 pada separuh akhir pertama di Alor Setar, 19 Oktober lalu.



Dengan keputusan agregat 8-8, Kedah yang menyumbat lebih banyak gol di padang lawan berjaya mara ke peringkat akhir.



"Ia adalah impian setiap jurulatih untuk membawa pasukannya ke peringkat akhir. Sememangnya, saya rasa teruja dan gembira melihat semua usaha kami sejak Januari kini berbaloi," ujar jurulatih berusia 42 tahun itu.



Ini merupakan tahun sulung Aidil membimbing Helang Merah.



Pencapaian yang diraih beliau musim ini bersama Kedah - menghuni tangga keempat Liga Super Malaysia dan merangkul Piala FA Julai lalu - mendapatkan beliau gelaran Pep Guardiola Singapura.



Tidak hairan jika esok Aidil dapat sekali lagi melakukan 'keajaiban' untuk menghadiahkan Kedah kejuaraan keenam mereka.



Namun, katanya, ia bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan juara Liga Super, JDT.



"Selepas kemenangan Piala FA, ia sudah tentu lebih sukar (untuk ulangi kejayaan yang sama) sebab pasukan lain akan lihat anda sebagai pasukan juara. Semua pasukan akan mahu beri saingan sengit apabila berdepan dengan anda.



"Melangkah ke satu lagi peringkat akhir adalah satu perasaan yang menakjubkan. Kami harus yakin kami boleh menjadi juara," tambahnya.



Aidil boleh bergantung pada anak buahnya Shakir Hamzah, untuk mempertahankan benteng Kedah daripada ancaman serangan JDT.



Ini juga merupakan penampilan pertama pemain pertahanan Singapura itu beraksi dalam Piala Malaysia.



Pemain midfield JDT Hariss Harun juga akan memberikan saingan hebat kepada rakan senegaranya dalam perlawanan di Stadium Bukit Jalil itu.



"Detik yang membanggakan untuk saya beraksi dalam Piala Malaysia. Sebagai anak Singapura, saya membesar menonton perlawanan piala ini lantas saya gembira jika berpeluang menjulang piala itu Sabtu ini," ujar kapten pasukan Singapura itu.



Dalam perlawanan separuh akhir kedua Sabtu lalu, JDT membelasah Selangor 3-0 untuk mengumpul agregat 5-1.



Keputusan itu membawa skuad Harimau Selatan (gelaran pasukan JDT) sekali lagi ke peringkat akhir dalam tempoh tiga tahun.



Pertembungan antara JDT dengan Kedah bakal menyaksikan ulangan perlawanan Piala Malaysia musim 2017 di mana JDT membenam Kedah 2-0 untuk dinobat juara Piala Malaysia buat julung-julung kalinya.



JDT juga sasar untuk menamatkan musim ini dengan lebih gemilang sebagai juara 'treble'.



Selepas muncul juara Piala Sumbangsih di awal musim dan kemudian merangkul kejuaraan Liga Super enam musim berturut-turut, skuad Harimau Selatan berdepan satu lagi misi untuk memburu piala ketiga apabila berdepan Kedah.



"Selepas persembahan baik sepanjang musim ini, sudah pasti kami ingin menang Piala Malaysia.



"Tetapi kami tidak boleh ambil mudah sebab saya percaya Kedah akan memberikan saingan hebat, terutamanya dengan bimbingan jurulatih Aidil," tambah Hariss, yang menjadi anak didik Aidil ketika beraksi untuk Home United pada 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >