Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA SINGAPURA

Tiga kelab beri saingan sengit rebut mahkota liga

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



JIKA musim Liga Perdana Singapura boleh diumpamakan sebagai acara lumba lari 400 meter, minggu ini adalah permulaan 100 meter terakhir.



Tiga pesaing utama kini telah mengasingkan diri mereka daripada peserta lain dan sebarang kesilapan yang dilakukan pada bahagian perlumbaan terakhir ini boleh menghancurkan harapan mereka untuk menang.



Dengan musim berbaki lima perlawanan, Albirex Niigata (S), Tampines Rovers dan Lion City Sailors telah memperluas jurang dengan pasukan lain dan bersaing sengit untuk berada di puncak liga di akhir musim.



Justeru, perlawanan antara Albirex dengan Sailors petang esok berpotensi menjadi antara perlawanan penentu bagi kejuaraan liga.



Tampines juga beraksi petang esok, tetapi keputusan perlawanannya dengan Tanjong Pagar - yang masih memburu kemenangan pertama musim ini - lebih mudah dijangkakan, dengan anak didik Gavin Lee dijangka mengutip semua tiga mata.



Bagi Sailors, kesabaran, persiapan yang terperinci dan keyakinan terhadap proses pembangunan yang dirintis jurulatih Aurelio Vidmar, diharap membawa pasukan ke garis penamat sambil mencapai hajat.



Dihubungi akhbar ini, pengurus besar Sailors Badri Ghent berkata: "Dari mula-mula lagi, kami sedar yang kami perlukan masa dan perlawanan untuk mempertingkat persefahaman antara pemain dan menerusi beberapa perlawanan kebelakangan ini, kami dapat melihat rancangan kami itu sedang menjadi realiti."



Sailors, menurut Badri bukan sahaja mahu muncul sebagai antara pasukan terbaik musim ini, malah ingin menjadi wakil Singapura ke pertandingan benua.



"Kami memang bersaing untuk menjadi juara. Selain memenangi liga, peluang untuk muncul di pertandingan pentas benua memang suatu yang kami damba.



Bila projek Lion City Sailors dilancarkan, banyak perhatian ditumpu kepada kemunculan kelab ini dan pemain-pemain yang direkrutnya.



Namun, meskipun ia berbelanja besar, Sailors telah memulakan musim secara lebih perlahan daripada yang dijangka, namun ia telah bangkit dan kini dianggap antara pesaing utama dan hanya tiga mata di belakang Albirex dan Tampines.



"Seperti kata pepatah kaki di tanah, mata di langit, pemain-pemain dan jurulatih Aurelio sedar yang kami boleh mengawal kedudukan liga akhir musim. Semua pemain sangat bermotivasi," kata Badri.



Keyakinan yang ditunjukkan Sailors itu mencerminkan 'form' baik dalam lima perlawanan terakhir. ia telah memenangi empat dan seri satu perlawanan.



Albirex pula menjejakkan kaki ke padang bagi perlawanan ini dengan rekod serupa, dengan empat kemenangan dan satu kekalahan dalam lima perlawanan terakhir.



Malah, Sailors dan Albirex juga adalah dua pasukan yang telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut musim ini.



Dalam penyerang bernama Kamata, Albirex juga mempunyai pemain yang boleh mempengaruhi keputusan perlawanan.



Enam daripada tujuh gol terakhir yang dijaringkan pemain ini telah memecah kebuntuan dalam perlawanan-perlawanan itu dan semua perlawanan itu berakhir dengan kemenangan bagi Albirex.



Dalam perlawanan lain pula, Balestier Khalsa bertemu dengan Young Lions petang ini, sementara Hougang berentap dengan Geylang International.



Meskipun peluang untuk Geylang terus bersaing bagi kejuaraan liga, secara realistik, ia hanya boleh bersaing bagi tempat ketiga dan mungkin tiba masanya bagi kelab itu untuk mula merancang bagi musim depan.



Pasukan bergelar Sang Helang ini memiliki sekumpulan pemain yang bakal menjadi pemain penting untuk bertahun-tahun lagi.



Hairul Syirhan, Adam Hakeem, Harith Kanadi dan Nur Luqman sudah sedia untuk menjadi pemain kesebelasan utama yang stabil.



Jika digandingkan dengan Amy Recha, Christopher Van Huizen, Iqbal Hussain, Darren Teh, Umar Akhbar dan Fareez Farhan; masa depan nampak cerah untuk Si Helang.




Aksi minggu ini



Hari ini, 5.20 petang



Geylang International lwn Hougang United

Singtel TV Ch 111 & Starhub TV Ch 202



Balestier Khalsa lwn Young Lions

Singtel TV Ch 113 & StarHub TV Ch 201



Esok, 5.20 petang



Tanjong Pagar United lwn Tampines Rovers

Singtel TV Ch 113 & StarHub TV Ch 201



Lion City Sailors lwn Albirex Niigata

StarHub TV Ch 202



Semua perlawanan juga boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Liga Perdana Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >