Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SINGAPURA

Tiga pemain Sailors didenda $500 seorang kerana tidak salam lepas perlawanan

Nov 05, 2022 | 05:30 AM



TIDAK sampai tiga bulan selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendenda Lion City Sailors $5,000 kerana kelakuan pasukan itu semasa pertembungan sengit Liga Perdana Singapura (SPL) dengan Tampines Rovers, kelab itu didenda sekali lagi.



Pemain sayap Belgium Maxime Lestienne, penyerang Korea Selatan Kim Shin-wook dan pemain Brazil Diego Lopes didenda $500 setiap seorang kerana enggan bersalam dengan pemain lawan selepas seri 1-1 dengan Young Lions dalam perlawa-nan Piala Singapura Isnin lalu.



Ketiga-tiga pemain itu adalah nama terbesar dengan bayaran terbaik dalam SPL. Kontrak Kim dan Lestienne dilaporkan berjuta dolar.



Sebagai respons kepada pertanyaan The Straits Times, FAS mengesahkan mereka didenda kerana berjabat tangan lepas perlawanan wajib.



Peraturan Piala Singapura 2022 menyatakan: "Pemain daripada kedua-dua pasukan dikehendaki berkumpul di bulatan tengah bersama pegawai perlawanan untuk berjabat tangan selepas perlawanan. Sembarang pemain yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda mandatori $500."



FAS menambah bahawa ini kali pertama musim ini seorang pemain didapati bersalah atas kesalahan itu.



Lopes, 28 tahun, menjadi pemain SPL pertama bernilai jutaan dolar pada Januari 2021 apabila Sailors membayar $2.89 juta kepada pasukan Liga Primeira Portugal Rio Ave bagi perkhidmatannya.



Kim, 34 tahun, menjadi pemain SPL dengan bayaran tertinggi November lalu apabila beliau menandatangani kontrak tiga tahun yang difahamkan bernilai lebih $3 juta.



Pada Februari, Lestienne, 30 tahun, menjadi pemain bintang terbaru Sailors apabila dia menandatangani kontrak dua tahun. Sailors enggan mendedahkan jumlah kos pakejnya ketika itu.



Perlawanan pada Isnin itu adalah pertandingan menarik walaupun naib juara SPL Sailors menamatkan liga yang baru berakhir dengan 49 mata di depan Young Lions, yang menduduki tempat terakhir.



Tujuh kad kuning dilayangkan - empat kepada Young Lions dan tiga kepada Sailors.



Terdapat juga detik kontroversi pada minit ke-69 apabila Kim, yang diberi kad kuning pada awal permainan, mengelak kad kuning kedua walaupun kelihatan seolah-olah beliau menyiku kapten Young Lions, Shah Shahiran. Kim menjaringkan gol penyamaan pasukannya lima minit kemudian.



Encik Badri Ghent, pengarah sukan Sailors, berkata ketiga-tiga pemain itu telah memohon maaf bagi kelakuan mereka.



"Tindakan mereka disebabkan kekecewaan dengan prestasi pasukan mereka dan keputusan perlawanan, dan mereka telah memberi komitmen teguh akan memastikan tindakan itu tidak akan berulang.



"Kelab kami tidak membenarkan tingkah laku tidak bersemangat kesukanan dan tidak akan membantah denda yang dikenakan," kata Encik Badri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >