Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Tiger Woods jalani pembedahan selepas kereta terbalik

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Tiger Woods menjalani pembedahan semalam selepas mengalami beberapa kecederaan di kaki dalam kemalangan jalan raya di Los Angeles.



Jabatan Sherif LA County berkata ia telah memberi respons kepada insiden melibatkan satu kenderaan yang terbalik, di mana kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk.



Woods, 45 tahun, ikon dan juara dunia golf 15 kali, difahami terpaksa dikeluarkan oleh pegawai bomba dan paramedik dari keretanya yang remuk itu.



Sherif LA County Alex Villanueva berkata Woods sedarkan diri semasa dikeluarkan dan tidak menunjukkan sebarang tanda terjejas secara fizikal.



Woods dikejarkan dengan ambulans ke Pusat Perubatan Harbor-UCLA di West Carson, California.



Ejen Woods, Mark Steinberg berkata Woods menjalani pembedahan di sana.



Hujung minggu lalu, Woods berada di Riviera Country Club di Los Angeles sebagai hos dalam pertandingan Genesis Invitational.



Satu kenyataan dari Jabatan Sherif LA County berkata kemalangan tersebut berlaku di sempadan Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes pada dinihari Selasa.



Di sidang berita yang diadakan pada hari yang sama, ketua Jabatan Bomba LA County Daryl Osby berkata Woods dikeluarkan dari kereta mewah SUV Genesis GV80 2021, dengan para penyelamat menggunakan kapak dan alat lain untuk berbuat demikian.



"Saya difahamkan beliau mengalami kecederaan serius pada kededua belah kaki. Tiada kecederaan lain yang membahayakan nyawa dikesan, dalam pengetahuan saya," ujar beliau.



Villanueva berkata kereta Woods telah merempuh pembahagi jalan raya dan terhumban beberapa ratus meter dari lokasi asal, yang mencadangkan kenderaan itu bergerak lebih laju daripada yang dianggap biasa.



Beliau menambah:



"Namun, kerana jalan raya tersebut di lereng bukit, adalah tidak luar biasa kemalangan berlaku di sana."



Menurut beliau, kereta yang dipandu Woods itu melanggar tepi jalan raya, sebatang pokok dan bergolek beberapa kali.



"Saya telah bercakap dengan pengurusnya dan beliau tidak membenarkan saya mengulas mengenai keadaan beliau. Apa yang boleh saya katakan adalah beliau berada dalam keadaan serius akibat kemalangan tersebut," ujar beliau.



Bahagian depan kereta remuk keseluruhannya dan banyak bahagian lain juga rosak, kata Villanueva.



"Namun, bahagian dalam kereta tidak rosak sedemikian, yang melindungi pemandu dan mengelak kemalangan yang membawa maut," ujar beliau.



Timbalan Sherif Carlos Gonzales, pegawai polis pertama di tempat kejadian, berkata Woods tidak dapat berdiri selepas dikeluarkan dari kereta tetapi mampu bertutur dan berada dalam keadaan tenang.



"Beliau bernasib baik kerana masih terus bernyawa selepas kemalangan itu," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >