Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiket bagi Piala Suzuki AFF mula dijual

Sep 22, 2018 | 03:24 PM



INGIN sokong Singa dalam perjuangannya di Piala Suzuki Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) yang bermula November nanti?



Orang ramai boleh membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Singapura menentang Indonesia dan Timor-Leste yang mula dijual hari ini (22 September), menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Mereka yang membeli tiket itu awal, atau sehingga 21 Oktober, boleh mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.



Sebagai contoh, harga tiket dewasa yang biasa bagi Kategori 1 dan 2 masing-masing berharga $28 dan $18.



Namun jika orang ramai membelinya awal sehingga 21 Oktober, harga tiket dewasa bagi Kategori 1 dan 2 masing-masing hanya $20 dan $14.



Tiket konsesi bagi pelajar berusia 16 tahun ke bawah serta warga emas berusia 60 tahun ke atas turut ditawarkan.



Selain itu, pakej keluarga – yang merangkumi dua tiket dewasa dan dua tiket konsesi – juga ditawarkan pada harga istimewa.



Perlawanan pertama yang akan dimainkan Singa dengan bimbingan jurulatih pasukan negara, Fandi Ahmad, dalam Piala Suzuki AFF 2018 akan berlangsung di Stadium Negara.



Singapura diletakkan dalam kumpulan B bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste.



Singapura akan bermain menentang Indonesia pada 9 November dan menentang Timor-Leste pada 21 November di Stadium Negara.



Orang ramai boleh membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan itu di laman web SportsHub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >