Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tindakan Song tarik diri lewat menghairankan

Sep 21, 2022 | 5:30 AM
KEPUTUSAN PERIBADI: Penyerang Sailors Song Ui-young (jersi oren) menarik diri daripasa skuad Singa atas sebab kecederaan buku lalinya. - Foto fail
KEPUTUSAN PERIBADI: Penyerang Sailors Song Ui-young (jersi oren) menarik diri daripasa skuad Singa atas sebab kecederaan buku lalinya. - Foto fail -

MASA penarikan diri Song Ui-young daripada skuad Singa, serta kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berikutnya membuat orang kehairanan.

Tetapi keputusan lewat pemain itu menarik diri daripada pasukan nasional yang sedang bersiap bagi dua perlawanan persahabatan di Vietnam adalah disebabkan kecederaan buku lali dan keperluan menjaga dirinya, jelas pemain berusia 28 tahun itu kelmarin.

Beberapa jam sebelum skuad 23 pemain itu berlepas dari Singapura ke Ho Chi Minh City kelmarin, FAS mengumumkan pemain tengah Tampines Rovers Syed Firdaus Hassan dan penyerang Hougang United Sahil Suhaimi akan mengambil tempat penyerang Faris Ramli dan Song, yang kedua-duanya bermain bagi Lion City Sailors.

Faris menarik diri kerana isterinya bakal melahirkan anak kedua mereka minggu ini, kata FAS.

Mengenai Song, FAS "Walaupun kedua-dua pasukan perubatan, kelabnya dan pasukan Singa, membenarkan beliau bermain, Song membuat keputusan menarik diri daripada pasukan Singa sebagai langkah berjaga-jaga bagi kecederaan buku lali yang dialami sebelum ini".

Kenyataan membingungkan itu mendahului kata-kata ketua jurulatih Takayuki Nishigaya yang juga mempunya maksud tersembunyi mengenai perkara itu.

Jurulatih Jepun itu berkata "apabila berlaku penarikan diri lewat selalunya ia menimbulkan cabaran", dan menambah: "Keluarga lebih penting daripada perkara lain, jadi saya faham Faris tidak pergi bersama kami.

"Mengenai Song, ia keputusan peribadinya. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap dua pengganti yang saya panggil dan kami kini mesti fokus pada menangani dua perlawanan yang menanti".

Nishigaya sebelum ini menyatakan perlawanan persahabatan menentang Vietnam malam ini dan India tiga hari kemudian adalah bahagian penting persiapan pasukannya bagi Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Disember.

Beliau pasti berminat menilai Song, yang memainkan peranan penting dalam perjalanan Singa ke separuh akhir edisi sebelum ini kejuaraan itu pada Disember 2021.

Dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Singapura (SPL) Sailors, Song turun padang dari bangku simpanan dua kali untuk bermain gabungan 57 minit, sebelum bermain 90 minit penuh dalam kekalahan 2-1 kepada Tampines dalam perlawanan terakhir mereka pada 10 September.

Sebagai respons kepada pertanyaan, jurucakap Sailor berkata Song "mengalami hentakan pada buku lalinya" semasa perlawanan itu, yang menjejasnya hingga empat hari kemudian apabila beliau tidak dapat melengkapkan sesi latihan.

Song, yang kelahiran Korea Selatan, menjadi warga Singapura pada Ogos 2021 dan sejak itu membuat 12 penampilan bagi Singa dan menjaringkan tiga gol.

"Doktor berkata saya boleh membina kecergasan saya bersama pasukan nasional sambil memantau buku lali saya. Tetapi kerana ia terus memberi saya kesakitan, saya mengambil keputusan lebih berhati-hati dan mengambil arahan doktor untuk memantau buku lali saya.

"Dengan AFF (Piala) akan datang... perlawanan penting dalam SPL serta satu lagi trofi untuk bersai-ng dalam Piala Singapura, saya rasa adalah penting memastikan saya berasa 100 peratus agar boleh terus bermain dalam keadaan terbaik bagi kedua-duanya, Sailors dan Singapura," kata Song.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg