Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tinju: Manny Pacquiao rampas mahkota welterweight

Jul 15, 2018 | 03:42 PM



KUALA LUMPUR - Manny Pacquiao memamerkan penguasaannya menewaskan juara bertahan Lucas Matthysse dengan knock-out dalam pusingan ketujuh dan merampas gelaran WBA welterweight di Kuala Lumpur pada Ahad (15 Julai).



Legenda Filipina berusia 39 tahun itu kelihatan fokus dan lincah sejak pembukaan perlawanan dan tiga kali menjatuhkan lawannya dari Argentina.



Petinju kidal itu menjatuhkan lawannya kali terakhir dengan tumbukan ceduk. Beliau kini memperbaiki rekod lapan divisyen kepada 60-7-2 (60 menang, 7 kalah dan 2 seri).



"Saya terkejut. Matthysse adalah lawan yang hebat," kata Pacquiao dalam wawancara pasca pertarungan berikutan persembahan dengan beliau memperlihatkan sekilas kehebatan yang telah membawanya ke puncak tinju global lebih sedekad lalu.



"Saya menjatuhkan beliau dan itu bonus kerana sabar dalam perlawanan, dan bekerja keras dalam latihan."



Pacquiao menetapkan rentak sejak awal, mencuba untuk membuka ruang dan bergerak keliling gelanggang apabila beliau menjatuhkan Matthysse pertama kali di pusingan ketiga.



Beliau sekali lagi menumbangkan Matthysse di akhir pusingan kelima sebelum pengadil menghentikan perlawanan setelah beliau tumbang kali ketiga dalam pusingan ketujuh.



Kemenangan itu, yang pertama sejak kehilangan gelaran welter WBO kepada petinnu Australian Jeff Horn di Brisbane setahun lalu, memberi Pacquiao kejuaraan dunia ke-11 dalam kerjaya luar biasa yang menjadikannya seorang wira nasional negaranya Filipina. -- Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >