Topik diikuti
Pergi ke BHkuPencapaian bersejarah promoter tinju setempat
Alexander Shah diiktiraf anjur empat pertarungan rebut kejuaraan pada satu malam
Jul 27, 2016 | 5:30 AM
CABARANNYA besar tetapi pemaju tinju setempat, Alexander Shah, mengukir sejarah unik apabila menganjurkan sehingga empat pertarungan merebut kejuaraan di Kejohanan Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia yang berlangsung hujung minggu lalu.
Dipercayai, ia kali pertama seorang promoter tinju di Asia berjaya menganjurkan sehingga empat pertarungan merebut kejuaraan pada satu-satu acara - mengatasi pencapaian promoter Filipina, Brico Santig, yang dianugerahkan gelaran Promoter Terbaik Asia-Pasifik 2015 selepas menganjurkan tiga pertarungan merebut kejuaraan.
