SPH Logo mobile
Langgan|

TMJ timbang labur dalam Man Utd

TMJ timbang labur dalam Man Utd

Mar 19, 2021 | 10:42 PM

TMJ timbang labur dalam Man Utd

Putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau "terbuka untuk sebarang perkongsian dalam bola sepak di Eropah".
Putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau "terbuka untuk sebarang perkongsian dalam bola sepak di Eropah". - AFP

KUALA LUMPUR: Seorang putera Malaysia pada Jumaat berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Manchester United hanya beberapa minggu setelah mencetuskan spekulasi tentang pembidaan untuk mengambil-alih kelab Sepanyol, Valencia. Putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semasa satu sidang media berkata beliau "terbuka untuk sebarang perkongsian dalam bola sepak di Eropah". Beliau menyebut Manchester United, sambil menambah bahawa beliau tahu ada peluang untuk melabur dalam kelab itu dengan membeli saham tiga hingga lima peratus. "Manchester United adalah kelab yang akan mengambil masa puluhan tahun untuk nilai komersilnya turun," kata Tunku Ismail, 36 tahun. "Dari segi kemampanan, mereka luar biasa. Itulah sebabnya saya akan berusaha mengadakan pertemuan." Awal bulan ini, Tunku Ismail mencetuskan spekulasi yang beliau berminat membeli Valencia menerusi beberapa pos Instagram. Pada Jumaat beliau berkata terdapat "kebaikan dan keburukan" melabur dalam Valencia, tanpa memberi butiran lanjut. Valencia dimiliki oleh Peter Lim, ahli perniagaan jutawan dari Singapura. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg