Tohari sahut cabaran persiap pasukan harungi kejohanan tahun ini
Premium
Tohari sahut cabaran persiap pasukan harungi kejohanan tahun ini
Aug 6, 2017 | 5:30 AM
KATA-KATA SEMANGAT: Ketua jurulatih Tohari Paijan (tengah) memberikan kata-kata perangsang kepada pasukan mudanya yang bersiap bagi cabaran Piala Emas Raja-Raja yang bermula bulan depan. Bersama dalam gambar ialah (dari kanan) pengurus pasukan, Shahri Rahim, dan dua penolong jurulatih, Fathi Yunos dan Shaharudin Ismail. - Foto KHALID BABA -
BELIAU adalah sebahagian pasukan Melayu Singapura yang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 1983 - kebetulan kali terakhir trofi kejuaraan kejohanan berprestij itu 'berpindah' ke Kota Singa ini.
Justeru, pemilihan jurulatih veteran yang berpengalaman luas, Tohari Paijan, bagi menyuntik semangat baru dalam persiapan skuad Melayu Singapura menghadapi edisi kejohanan tahun ini yang akan berlangsung bulan depan tentunya sesuatu yang tepat sekali.

