Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tokoh sukan, Annabel Pennefather, meninggal dunia

Apr 27, 2020 | 12:19 PM



SINGAPURA kehilangan seorang srikandi sukan menyusuli pemergian pemain hoki kebangsaan, Annabel Pennefather, pada usia 72 tahun.



Punca kematiannya tidak diketahui.



Beliau mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai presiden Persekutuan Hoki Singapura dan menjadi wanita pertama mengetuai kontinjen Singapura bagi temasya Sukan Komanwel  (2002) dan Sukan Olimpik (2004). 



Pada 1999, Cik Pennefather telah menjadi wanita pertama dilantik menyertai jawatankuasa eksekutif Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC). Beliau kemudian dipilih menjadi naib presiden SNOC pada 2006, sekali lagi menjadi wanita pertama menyandang kedudukan itu, dan melepaskan jawatan itu pada 5 Jun 2018.



Beliau dinobatkan sebagai Wanita Singapura 2004. 



Kecemerlangan beliau dalam mengukir nama Singapura di persada sukan antarabangsa terus menyerlah apabila dilantik menduduki suruhanjaya etika Persekutuan Sukan Komanwel dan dipilih sebagai peguam bebas bagi Jawatankuasa Resolusi Pertikaian Majlis Kriket Antarabangsa dan pelbagai lagi.



Kematian Cik Pennefather disahkan mantan naib presiden Persatuan Renang Singapura, Encik Jose Raymond, menerusi catatan di Facebook beliau.



Majlis persemadiannya diadakan 7.30 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >