Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

5 tahun tak menjadi... Apa sebenar masalah Pogba di Man U?

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Paul Pogba meluahkan perasaannya tentang masa beliau menjadi pemain Manchester United dalam satu wawancara dengan akhbar Perancis Le Figaro baru-baru ini.



"Anda harus bersikap jujur, lima tahun yang lalu tidak memuaskan saya - benar-benar tidak sama sekali."



Ketika beliau memberikan wawancara itu, ia hampir lima tahun sejak Pogba membuat jaringan bagi United dalam kemenangan final Liga Europa menentang Ajax.



Ia menandakan berakhirnya musim pertama beliau sejak kembali ke Old Trafford, apabila United memecahkan rekod bayaran untuk membawa pulang pemain akademi mereka.



Namun tanpa diduga United terpaksa melepaskannya secara percuma selepas bekas pengurus Sir Alex Ferguson enggan menawarkan ejen kontroversi Pogba, Mino Raiola, sebarang jaminan tentang masa penampilan pemain itu dalam skuadnya.



Namun sejak itu, United gagal memenangi sebarang piala, dan Pogba meninggalkan Old Trafford buat kali kedua.



"Tahun ini kami gagal mencapai apa-apa," kata Pogba dalam wawancara tersebut. Kami tidak akan memenangi apa-apa. Saya mahu memenangi trofi."`



JADI DI MANAKAH SILAPNYA?



Di mana posisi paling berkesan bagi Pogba?



Ia masih terasa luar biasa, tetapi jika anda menyorot semula masa Pogba di United, pemain itu tidak mempunyai posisi yang tetap.



Adakah beliau merupakan antara pemain 'midfield' yang bermain hampir dengan benteng pertahanan? Sebagai pemain nombor 10 atau bermain di sayap?



Jelas, seperti yang dilihat ketika beliau beraksi untuk Perancis di Piala Dunia 2018, Pogba sering digunakan dan kekuatannya terserlah apabila beliau menjadi sebahagian daripada tenaga serangan pasukan.



Kawalan bola dan hantaran beliau adalah bertaraf dunia. Pogba mampu menjadi pemain yang memberikan ancaman berbisa kepada pihak lawan.



Namun begitu, beliau memerlukan perlindungan. Secara defensif, Pogba dilihat sebagai liabiliti dan tidak begitu berkesan.



United tidak pernah mendapatkan penyelesaian terhadap dilema ini. Jika Pogba bermain hampir dengan benteng pertahanan, ia akan mendedahkan bahagian tengah United.



"Ia begitu mudah dengan Perancis, saya bermain di posisi saya - saya tahu peranan saya dan saya dapat berasakan keyakinan jurulatih dan pemain lain," kata Pogba kepada Le Figaro.



"Menjadi perkara biasa untuk berasakan perbezaan di Manchester United kerana sukar untuk mengekalkan tahap permainan apabila anda sering berubah posisi, atau sistem pasukan, atau rakan di sebelah anda."



PERSELISIHAN PANDANGAN DI LUAR PADANG



Keadaan yang dirasakan Pogba sebelum ini diburukkan pula dengan isu yang berlaku di luar padang.



Jose Mourinho melucutkan jawatan naib kapten daripada Pogba di United pada September 2019 selepas pemain Perancis itu mengkritik taktiknya.



Tiga bulan kemudian, pada perlawanan terakhir Mourinho, pengurus itu langsung tidak menggunakan Pogba yang hanya mampu menyaksikan perlawanan itu dari bangku pemain simpanan.



Apabila Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih, keadaan bagaikan telah kembali pulih. Namun tempoh 'berbulan madu' itu tidak berpanjangan.



Ejen Pogba, Raiola, mengapi-apikan keadaan sambil berkata beliau telah berbincang dengan Juventus untuk membawa pemain itu kembali ke Italy sebelum bertengkar dengan Solskjaer tentang isu yang dialami Pogba bersama pasukan itu.



Solskjaer kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku antara pemain Perancis itu tidak ada kaitan dengan Raiola kerana Pogba masih mempunyai kontrak dengan United.



PENGAKHIRAN YANG MENYEDIHKAN



Pogba membuat 20 penampilan Liga Perdana England (EPL) pada musim terakhirnya sebagai pemain United.



Beliau menjaringkan satu gol - menentang Burnley - dan menyumbang sembilan 'assist'. Empat daripadanya ketika perlawanan pembukaan menentang Leeds United.



Perlawanan di Old Trafford itu adalah antara detik di mana Pogba menyerlah ketika menyarung jersi United.



Kemenangan 3-2 ke atas Manchester City pada 2018, apabila beliau menjaringkan dua gol, juga menjadi kenangan manis ketika beliau bersama United.



Namun, ini semua hanya berlaku apabila pemain itu menemukan rentak persembahannya.



Setiap kali beliau tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan menyebabkan ramai dalam kalangan peminat United yang meragukan sama ada Pogba tidak lagi mahu bermain untuk kelab itu.



Apabila beliau meninggalkan padang selepas penampilan terakhirnya untuk United, menentang Liverpool pada April lalu, beliau diejek oleh penyokongnya sendiri.



Dan kini semuanya telah berakhir. Pogba hanya menjadi sejarah buat Manchester United. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >