Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Menang Liga Juara-Juara jadi matlamat Mbappe

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



KYLIAN Mbappe menegaskan memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama adalah "matlamat paling jelas" bagi Paris Saint-Germain (PSG) musim depan.



Meskipun mempamerkan trio hebat Mbappe, Neymar dan Lionel Messi musim lalu, PSG tersingkir daripada persaingan kelab elit Eropah itu di pusingan ke-16 di tangan Real Madrid, setelah berjaya menjadi naib juara pada 2020 dan mara ke separuh akhir pada tahun berikutnya.



Real Madrid, kelab yang Mbappe tolak untuk berpindah baru-baru untuk terus beraksi di PSG, ironinya menjulang kejuaraan Eropah ke-14 mereka selepas menewaskan Liverpool 1-0 dalam perlawanan akhir.



"Sudah tentu, Liga Juara-Juara adalah matlamat kami. Ia adalah matlamat yang jelas.



"Kita tidak perlu bercakap banyak tentang Liga Juara-Juara. Itu saja yang kami mahukan," kata Mbappe kepada saluran berita Perancis, BFMTV ketika bercuti di New York.



Untuk mencapai matlamat itu, Mbappe berkata PSG mesti menjadi pasukan yang "digeruni" di Perancis, sesuatu yang mereka gagal lakukan dalam beberapa musim sejak kali terakhir memenangi 'treble' domestik pada 2020.



"Saya fikir ia bergantung kepada faktor itu untuk kembali kepada asas dan kemudian cuba untuk menguasai Eropah.



"Musim lalu kami tidak digeruni. Kami mahu kembali digeruni di Perancis, sesuatu yang kami tidak lakukan sejak dua tahun lalu," kata Mbappe.



Beliau telah menegaskan bahawa PSG 'hilang taring' di bawah jurulatih Mauricio Pochettino.



Jurulatih Argentina berusia 50 tahun itu dilaporkan telah dipecat tetapi kelab itu masih belum membuat pengumuman rasmi.



PSG memenangi Ligue 1 dengan kelebihan 15 mata daripada kelab kedua tetapi timbul ketidakpastian sama ada Pochettino akan kekal di ibu negara Perancis itu selepas kekalahan di Liga Juara-Juara Mac lalu.



Mbappe, yang menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab Ligue 1 itu pada Mei lalu, juga mempunyai matlamat lain dalam kempen 2022-23.



Sejak menyertai PSG pada musim panas 2018 dari Monaco dalam satu pemindahan bernilai 180 juta euro ($264.16 juta), penyerang Perancis itu telah menjaringkan 171 gol bagi kelab tersebut.



Beliau hanya perlu menjaringkan 29 gol untuk mencatatkan rekod gol yang sama dengan Edinson Cavani, yang merupakan penjaring terbanyak PSG dengan 200 gol.



"Ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan untuk menjadi penjaring terbanyak PSG.



"Saya fikir jika saya terus berusaha tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh melakukannya," ujarnya.



Mbappe mempertimbangkan untuk berpindah ke Real Madrid pada musim panas lalu. PSG menolak tawaran 200 juta euro dari Madrid ketika itu, walaupun mengetahui Mbappe akan menjadi pemain percuma pada musim panas ini.



Sementara itu, Mbappe mahu menyatakan dengan jelas bahawa komitmennya kepada PSG adalah kukuh.



Beliau berkata:



"Kelab ini amat bermakna bagi saya, semua orang tahu tentang itu.



"Saya sentiasa fokus pada tugas saya. Mungkin saya tidak mempunyai masa untuk rapat secukupnya dengan orang atau dengan peminat.



"Sudah tentu, untuk mencipta sejarah, ia perlukan lebih daripada aksi di padang. Tetapi saya sentiasa berfikir bahawa asas pertama adalah untuk menjadi cekap. Apabila anda melakukan yang terbaik, sama ada orang suka anda atau tidak, anda diiktiraf. Itu sentiasa menjadi keutamaan saya."



Dengan prestasi cemerlangnya di padang, Mbappe juga dinamakan sebagai pemain paling berharga di dunia awal Jun lalu. Beliau menerima gelaran itu setelah menjalani musim luar biasa bersama PSG.



Tidak mengejutkan jika Mbappe terus cemerlang di PSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >