Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Tanda tanya bila Rangnick putus ikatan dengan Man U

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



SALAH seorang pengarah teknikal yang dihormati dalam bola sepak - Ralf Rangnick - dinamakan sebagai pengganti sementara Ole Gunnar Solskjaer mengurus Manchester United pada akhir November lalu, meskipun tidak mempunyai sebarang pengalaman pengurusan sebelumnya.



Tetapi Rangnick hanya mampu menghasilkan peningkatan kecil sebelum United mengalami kemerosotan besar - tersingkir daripada Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid .



United juga hanya mencatat dua kemenangan daripada sembilan perlawanan terakhir musim ini termasuk dibelasah 4-0 oleh Brighton yang dilihat sebagai salah satu keputusan terburuk kelab itu.



Rangnick kemudian ditawarkan khidmat sebagai konsultan selama dua tahun dengan kelab itu.



Beliau mulanya berkata akan kekal dengan Manchester United meskipun dilantik sebagai pengurus Austria tetapi kemudian memutuskan tidak akan meneruskan peranannya itu. Katanya, tugasnya sebagai jurulatih nasional Austria memerlukan tumpuan khusus.



"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas sumbangannya sebagai pengurus sementara sepanjang tempoh enam bulan lalu," kata United dalam satu kenyataan.



Adakah perpisahan itu menggambarkan visi sebuah kelab yang cuba mencari jalan keluar daripada kucar-kacir yang menyaksikan mereka menduduki tempat keenam musim lalu - dengan jumlah mata terendah dipungut dalam era Liga Perdana?



Atau ia menunjukkan pemikiran bercelaru di kelab yang telah hilang arah tuju?



Dari satu segi, United tidak perlu menahan Rangnick berhubung perjanjian yang mereka capai - penglibatan enam hari sebulan selepas akhir musim.



Rangnick kelihatan jengkel dengan skuad yang tidak mampu dan enggan melaksanakan taktiknya.



Beliau menggunakan sidang akhbar pra-perlawanannya untuk meluahkan pandangannya.



Beliau secara terbuka menyatakan United perlu mendapatkan khidmat 10 pemain baru pada musim panas ini, dan mereka memerlukan lebih banyak pemain fizikal dan membina semangat berpasukan yang diperlukan untuk berjaya.



Kini Erik ten Hag, 63 tahun, dari Belanda dilantik menjadi pengganti tetap Solskjaer.



Ia tidak jelas sama ada Ten Hag setuju dengan pendekatan itu.



Apabila ditanya mengenai Rangnick dalam sidang media pertamanya, pengurus Belanda itu mengetepikannya.



"(Keputusan itu) terletak pada kelab," kata beliau.



Dengan kenyataan itu - dan kepercayaan bahawa United bergerak ke arah yang betul - kelab itu menamatkan perjanjian dengan Rangnick sebelum ia bermula. Ia kelihatan langkah munasabah bagi semua pihak.



United menyatakan tempoh pengurusan sementara Rangnick memberi kelab itu masa untuk menjalankan proses menyeluruh untuk mengenal pasti pengganti jangka panjang Solskjaer dan memperkemas kaedah mereka mencungkil pemain baru.



Pengurus dan jabatan pengambilan bakat mengekalkan kuasa veto ke atas sasaran pemindahan yang berpotensi. Namun, United percaya apa yang mereka ada sekarang sudah konsisten.



Kesemua peninjau bakat kanan United menyatakan bahawa Steve Brown, ketua operasi pengambilan bakat kelab, dan Ten Hag mempunyai pendapat sendiri terhadap pemain.



Ketua eksekutif baru Richard Arnold bertekad untuk memperkasakan mereka yang mempunyai kemahiran yang betul untuk membuat keputusan.



Ini akan membolehkan Ten Hag beroperasi dengan bebas.



United sudah ada ramai pemain berpotensi - seperti pemain pertahanan Jurrien Timber dan Lisandro Martinez, dan pemain sayap Antony (yang bermain untuk bekas kelabnya, Ajax), dan pemain tengah Frenkie de Jong.



Dengan bajet terhad, kelab itu bertegas tidak akan bayar lebih.



BBC Sport diberitahu bahawa "tidak akan ada United premium".



Ruang untuk mengumpul dana tambahan mungkin terhad. Dari sudut kewangan, membawa masuk 10 pemain yang dicadangkan Rangnick adalah sukar.



Lima pemain - pemain tengah Paul Pogba, Juan Mata dan Nemanja Matic, dan penyerang Jesse Lingard dan Edinson Cavani - akan tamat kontrak pada akhir bulan ini dan tidak akan melibatkan bayaran.



Yang lain, seperti pemain pertahanan Phil Jones dan Eric Bailly, mempunyai masa tetapi kelihatan tidak mempunyai masa depan di kelab itu.



Selain itu, terdapat pemain - seperti bek sayap Aaron Wan-Bissaka dan Diogo Dalot - dan lain-lain yang telah dipinjamkan, termasuk pemain tengah Donny van de Beek dan James Garner, dan pemain sayap Amad Diallo - yang perlu Ten Hag nilai dengan cepat.



Terdapat juga pemain dengan reputasi yang lebih besar - termasuk penyerang Marcus Rashford dan pemain pertahanan Raphael Varane dan Harry Maguire - yang mampu melakukan lebih daripada apa yang mereka tampilkan setakat ini.



Tugas Ten Hag adalah untuk membentuk pasukan menjadi satu unit yang kukuh, mampu bermain bola sepak berasaskan penguasaan yang dimahukannya.



Tugasnya bermula pada 24 Jun, apabila pemain bukan antarabangsa United memulakan latihan pramusim mereka. Ujian pertama akan berlangsung pada 12 Julai, apabila mereka bertemu Liverpool di Bangkok. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >