Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN

Mourinho sudah di hujung jalan di Roma?

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



ROME: Apabila Jose Mourinho dinamakan pengurus baru Roma Mei lalu, ia dianggap sebagai pelantikan besar buat kelab Italy itu dan bandar tersebut mula mempercayai bahawa beliau adalah orang yang akan membawa mereka ke peringkat seterusnya.



Pelantikannya berlaku hampir 20 tahun sejak Roma merangkul piala Serie A dan, walaupun terdapat dua kejayaan Coppa Italia sejak itu, kali terakhir peminat meraikan kejuaraan adalah pada 2008.



Sejak itu, terdapat tanggapan bahawa perkara itu akan berubah.



Namun, rancangan tersebut gagal berjalan dengan lancar.



Kekalahan 1-6 di tangan pasukan Norway, Bodo/Glimt dalam Liga Persidangan Europa (ECL) tiga bulan lalu adalah titik hitam bagi kelab itu dan prestasi mereka dalam kejohanan domestik juga tidak menentu.



Roma kini berada di tangga ketujuh liga - kedudukan sama yang mereka perolehi pada akhir musim lalu sekali gus menyaksikan pemecatan bekas pengurus Paulo Fonseca.



Prestasi hambar juga dapat dilihat ketika mereka tewas 3-4 di tangan Juventus selepas menguasai perlawanan yang di hadapan penyokong sendiri.



Selepas perlawanan tersebut, Mourinho berkata pemainnya telah mengalami "keruntuhan psikologi" - jenis kritikan yang biasa didengar bagi mereka yang mengikuti perkembangan pengurus kelahiran Portugal itu ketika beliau mengendalikan Manchester United dan Tottenham.



Namun di sebalik kesukaran itu, beliau masih lagi berjaya mengekalkan sokongan daripada peminat dan pemilik kelab.



Pelantikan Mourinho dengan kontrak 7.5 juta euro ($11.5 juta) setahun selama tiga tahun disambut dengan banyak perbincangan oleh kedua-dua kelab dan pengurus tentang "projek itu".



Terdapat perjanjian bahawa Mourinho akan diberikan masa yang diperlukan untuk membina sesuatu yang baru serta tersedianya jumlah dana yang banyak untuk mendapatkan pemain baru.



Perjanjian tersebut jelas ditepati apabila Roma menandatangani Matias Vina, Rui Patricio, Marash Kumbulla, Eldor Shomurodov dan Tammy Abraham dengan jumlah pelaburan sebanyak 100 juta euro.



Segalanya bermula dengan baik dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan pertama Mourinho sebagai pengurus. Tetapi apabila musim sejuk bermula, begitu juga dengan keputusan mereka yang juga menjadi lebih suram.



Mereka tewas dalam perlawanan derby menentang Lazio, sebelum ditewaskan oleh Juventus dan AC Milan, dan kemudian mengalami kekalahan mengejut kepada Venezia dan Bologna.



Sengsara yang dirasakan ditambah apabila mereka dibelasah Bodo/Glimt.



Malah, Roma hanya mampu memenangi satu perlawanan liga musim ini menentang kelab yang dianggap setaraf dengan mereka - kemenangan pada Disember ketika menentang Atalanta.



Benar terdapat kemenangan lain dan prestasi mereka baru-baru ini boleh dianggap OK tetapi pengurus yang seharusnya membantu kelab itu bersaing dengan pasukan yang lebih kuat masih belum mampu berbuat demikian.



Sejauh ini, belum terlihat lagi jenama (trademark) permainan bola sepak yang sering dikaitkan dengan Mourinho.



"Peminat Roma menganggap Mourinho sebagai peluang terakhir - jika beliau tidak boleh berjaya, tiada siapa yang boleh," kata Matteo De Santis, seorang wartawan akhbar La Stampa.



"Ia merupakan satu impian besar untuk membayangkan bahawa beliau akhirnya akan membawa trofi kepada kelab itu kerana beliaulah yang sering mengatakan bahawa Roma tidak mempunyai sebarang kejuaraan pada 2009 ketika beliau bersama Inter.



"Beliau antara pengurus yang paling berjaya. Lebih-lebih lagi, orang suka akan sikapnya.



"Beliau tidak takut untuk menentang pengadil dan wartawan dan membuat permintaan khusus kepada kelab. Peminat sentiasa akan memberinya sokongan."



Namun begitu, apa yang penting ialah bagaimana beliau akan membentuk pasukannya ketika mereka beraksi di padang bola sepak.



Ini adalah antara cabaran paling sukar yang pernah dihadapi Mourinho dan, selepas kejayaannya menguruskan kelab-kelab seperti Chelsea dan Inter Milan sebelum ini, terdapat perasaan bahawa beliau tidak akan mendapat lebih banyak peluang di kalangan kelab terbesar Eropah jika "kegagalan" di Manchester United dan Tottenham tidak disusuli dengan kejayaan yang besar.



Mungkin cabaran Serie A masih terlalu besar buat Roma, namun mereka masih mempunyai peluang merebut kejuaraan dalam pertandingan Coppa Italia dan Liga Persidangan Eropah.



Dua pertandingan ini akan menentukan musimnya dan akan menentukan cara beliau dinilai nanti.



Sudah 61 tahun sejak kelab itu meraikan satu-satunya trofi Eropah, iaitu Piala Inter-Cities Fairs. Menamatkan ketandusan itu hanya akan menguatkan pandangan bahawa Mourinho adalah pengurus yang mampu membawa kejayaan jangka panjang kepada pasukan tersebut. - Agensi berita.




MOURINHO OH MOURINHO! MASIH DISANJUNG 



"Ia merupakan satu impian besar untuk membayangkan bahawa Mourinho akhirnya akan membawa trofi kepada kelab itu kerana beliaulah yang sering berkata bahawa Roma tidak mempunyai sebarang kejuaraan pada 2009 ketika beliau bersama Inter.

Beliau antara pengurus yang paling berjaya. Lebih-lebih lagi, orang suka akan sikapnya.

Beliau tidak takut untuk menentang pengadil dan wartawan dan membuat permintaan khusus kepada kelab. Peminat sentiasa akan memberinya sokongan."

- Matteo De Santis, wartawan akhbar 'La Stampa'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >