Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Tokyo atasi saingan termasuk SG untuk jadi hos Kejohanan Atletik Dunia 2025

Jul 16, 2022 | 05:30 AM



TOKYO, yang mengatasi saingan dari Singapura, Kenya dan Poland, dilantik sebagai tuan rumah Kejohanan Atletik Sedunia 2025, umum badan pentadbir balapan dan trek itu menyusuli satu mesyuarat majlis di Eugene, Oregon kelmarin.



Menurut laporan The Straits Times bulan lalu, ibu kota Jepun itu dan Singapura dikatakan sebagai pencabar utama dalam bidaan mereka untuk menganjurkan acara alit perlumbaan dwitahunan itu, yang membuka tirainya bagi edisi ke-18 di Amerika semalam selepas setahun ditunda gara-gara pandemik.



Walaupun Atletik Sedunia dalam satu kenyataan media berkata bahawa semua bidaan "dianggap cukup kuat serta berpengalaman", Tokyo memperoleh markah tertinggi daripada empat calon dalam penilaian bidaan merentas empat bidang tumpuan.



Empat bidang tumpuan itu adalah potensi bagi naratif yang kuat, peluang menjana pendapatan, meningkatkan profil antarabangsa sukan dan iklim yang sesuai.



Ia menambah bahawa Tokyo akan berpeluang untuk mengisi Stadium Negara dengan peminat yang tidak dapat menghadiri Sukan Olimpik yang dihoskannya tahun lalu akibat ekatan Covid-19.



Hungary akan menjadi tuan rumah bagi edisi 2023 di Budapest.



Presiden Atletik Sedunia, Sebastian Coe, berkata: "Dalam kalangan barisan calon yang kuat... Tokyo menawarkan bidaan yang menarik.



"Saya berharap kejohanan ini akan menjadi cahaya yang menyinari Jepun ketika mereka meraikan 100 tahun Persekutuan-Persekutuan Atletik Persatuan Jepun pada 2025, dengan membawa semula atletik bertaraf dunia kepada penduduk di Tokyo."



Agensi sukan kebangsaan setempat, Sport Singapore (SportSG), telah mengumumkan pada 17 Mac lalu bahawa ia memutuskan bersaing bagi hak menganjurkan edisi ke-20 kejohanan sedunia itu, dengan bidaan yang dinamakan Singapore25.



Jawatankuasa penilaian dari Atletik Sedunia telah melawat Singapura pada pertengahan Mei lalu, sebelum membuat perjalanan ke Jepun seminggu kemudian.



Bidaan Singapore25 menawarkan pilihan yang menarik untuk Atletik Sedunia.



Negara ini mempunyai infrastruktur yang diperlukan dan kemudahan bertaraf dunia seperti Stadium Negara yang dibina pada 2014 dan boleh menampung 55,000 penonton, dan juga menawarkan pintu masuk ke pasaran yang berpotensi menguntungkan dan sebelum ini sebahagian besarnya belum diterokai di Asia Tenggara.



Singapore25 juga telah bergabung dengan taikun hotel Ong Beng Seng - individu di sebalik kejayaan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Singapura - dengan harapan untuk menghasilkan kejayaan yang sama.



Namun, bidaan Jepun terbukti kuat sejak awal lagi, memandangkan pengalaman Tokyo sebagai tuan rumah temasya Olimpik.



Dua tuan rumah Sukan Olimpik sebelumnya - Beijing (2008) dan London (2012) - pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Sedunia, masing-masing pada 2015 dan 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >