Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOTTENHAM HOTSPUR LWN MAN CITY

Spurs, City rentap untuk raih tiga mata penuh

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Persembahan yang tidak konsisten di separuh masa kedua menyaksikan Tottenham Hotspur tumbang 4-2 di tangan Manchester City dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 20 Januari lalu.



Tengah malam ini, kededua pasukan berentap sekali lagi dan kali ini Tottenham pula selaku tuan rumah.



Kededua pasukan ingin meraih tiga mata penuh bagi sebab-sebab berbeza.



Sedang Tottenham ingin kekal dalam kelompok empat pasukan teratas EPL, City pula enggan ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Arsenal.



Tottenham mempunyai 36 mata dan berada di kedudukan kelima - tiga mata di belakang Newcastle dan Manchester United yang masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat.



Bagi pengurus Tottenham, Antonio Conte, kesilapan dalam separuh masa kedua semasa tunduk pada City baru-baru ini mungkin dapat merubah nasib mereka dalam musim ini.



"Kita perlu berusaha kembalikan persembahan mantap seperti musim lalu.



"Kita perlu belajar erti kekalahan sebagai sebuah pasukan kerana seluruh pasukan menyerang dan seluruh pasukan juga mempertahankan gawang daripada dibolosi.



"Jadi saya fikir kita sedang dalam arah yang betul berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui.



"Ia kembalikan kenangan lama di mana dalam musim pertama saya memimpin Inter Milan, kami mendahului Borussia Dortmund 2-0 tapi kemudian tumbang 3-2 dalam separuh masa kedua.



"Memang sukar tapi kita perlu melalui situasi ini untuk perbaiki persembahan selanjutnya dan naik ke peringkat selanjutnya," katanya.



Sebelum ini Conte pernah menyatakan tentang keajaiban pasukannya berada dalam kelompok empat pasukan teratas dan kemudian layak ke Liga Juara-Juara musim ini.



Namun kali ini keadaannya berbeza sekali sedang sebuah lagi pasukan, Newcastle dianggap mempunyai peluang baik untuk berada dalam kelompok tersebut juga.



"Saya anggap ia satu keajaiban kerana saya rasakan kami telah meraih pencapaian luar biasa.



"Musim ini kami berhadapan dengan empat pertandingan.



"Dalam Liga Juara-Juara ia membuat kami berasa amat letih, begitu juga EPL.



"Jadi musim ini, situasinya berbeza sungguh.



"Kami cuba perbaiki skuad ini dalam musim panas akan datang tapi ia hanya permulaan.



"Jika anda fikir melepaskan sembilan pemain dan kemudian membawa masuk para pemain baru untuk bersaing, saya yakin ia akan mengambil masa untuk mereka sesuaikan diri," katanya.



Sementara itu kontrak Conte dijadualkan tamat dalam musim panas kali ini, meskipun Tottenham mempunyai pilihan untuk melanjutkannya lagi 12 bulan.



Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola, melahirkan rasa kurang senangnya terhadap persembahan pasukannya itu selepas memenangi perlawanan menentang Tottenham pada 20 Januari lalu.



Beliau lahirkan pandangannya bahawa para pemainnya mula hilang semangat dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk cuba mengembalikannya.



Ini meskipun pasukannya itu kembali dengan empat gol selepas ketinggalan dua gol dalam separuh masa pertama.



Pada masa ini City berada lima mata di belakang Arsenal yang mendahului liga.



City mempunyai 45 mata daripada 20 perlawanan sementara Arsenal mempunyai 50 mata daripada 19 perlawanan.



"Memang saya tidak nafikan betapa gembira kami sebenarnya, tapi persembahan kami jauh daripada yang sebelum ini.



"Bukan sedar dari cara kami bermain, tapi dalam sudut persaingan, dan banyak lagi perkara yang kami mula jauh.



"Kurangnya semangat yang membara daripada minit pertama saya lihat dan kami bernasib baik dalam perlawanan itu.



"Sehinggakan kami diejek dalam separuh masa kerana kami ketinggalan.



"Bukannya kami diejek kerana tidak bermain baik.



"Kami bermain dengan baik, mempunyai peluang tapi ketika itu kami ketinggalan.



"Mungkin kerana ramai lihat kami pasukan handal yang telah menjuarai EPL sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun," katanya.



Sejauh ini City telah tewas tiga kali dalam EPL musim ini tapi masih inginkan satu lagi kejuaraan.



Ditanya cara beliau ingin kembalikan semangat yang membara dalam pasukannya, beliau menjawab:



"Sudah menjadi tanggungjawab saya, tugas saya, dan saya ingin para peminat terus berada di belakang kami.



"EPL tidak akan menunggu dan kami juga mempunyai sebuah pasukan hebat, Arsenal, yang begitu membara semangat mereka.



"Sebab itu kali ini saya perhatikan saya tidak kenali pasukan saya yang sebelum ini mempunyai semangat dan keinginan yang terus membara.



"Padahal sebelum ini semua berlari, kejar bola dan lakukan semua yang perlu di padang."



Sementara itu dalam Piala FA Tottenham dijadual bertemu Wrexham atau Sheffield United, sementara City pula akan bertemu dengan Bristol City. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >