Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Tottenham tersungkur, Man City ke suku akhir

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Rembatan waktu tambahan pemain gantian Everton Bernard menjamin kemenangan 5-4 ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA yang mendebarkan kelmarin.



Ini bermakna Tottenham harus menunggu lebih lama untuk merangkul kejuaraan Piala FA pertama mereka sejak 1991, tetapi harapan Everton untuk menjulang trofi itu untuk kali pertama sejak 1995 terus bernyala.



Tottenham, yang perlu bangkit ditinggalkan 3-1 dan 4-3, telah mendahului kedudukan pada minit ketiga, kini sudah tewas empat daripada lima perlawanan terakhir mereka.



Meskipun mereka memaparkan gaya bola sepak serangan yang mengagumkan, kecuaian mereka di bahagian pertahanan mengecewakan.



"Saya suka (apa yang saya lihat dalam perlawanan) dan saya juga tidak suka," ulas pengurus Tottenham Jose Mourinho, yang berdepan musuh ketat Carlo Ancelotti, mengenai perlawanan yang penuh debaran itu.



"Kami jaringkan gol, cipta lebih banyak peluang, mempunyai sikap yang hebat untuk berjuang menentang kesilapan yang besar. Tetapi gaya bola sepak serangan hanya menang perlawanan apabila anda tidak membuat lebih banyak kesilapan pertahanan berbanding peluang jaringan yang anda cipta. Kami jaring empat gol, tetapi tidak mencukupi."



Everton ketinggalan pada minit ketiga ketika tandukan pemain pertahanan Tottenham Davinson Sanchez membolosi gawang Robin Olsen.



Tottenham mungkin berada lanjut di depan tetapi malam mereka hancur dalam tujuh setengah minit.



Dominic Calvert-Lewin, yang percubaan sebelumnya terkena palang gawang, menyamakan kedudukan pada minit ke-36 ketika hantaran cemerlang Gylfi Sigurdsson menemuinya.



Dua minit kemudian, hantaran 'flick' Calvert-Lewin membuka ruang untuk Richarlison, melepasi penjaga gol Tottenham Lloris.



Sigurdsson kemudian menambah kesengsaraan kelab lamanya apabila beliau menyempurnakan penalti setelah Pierre-Emile Hojbjerg menjatuhkan Calvert-Lewin.



Jaringan jarak dekat Erik Lamela dalam waktu tambahan separuh pertama namun memberikan rentak kembali kepada Tottenham.



Pemain pertahanan Sanchez, yang hanya menjaringkan gol sekali dalam 137 penampilan untuk Spurs, meledakkan gol keduanya untuk malam itu pada minit ke-53, menyamakan kedudukan Tottenham.



Richarlison sekali lagi meletakkan Everton di depan 10 minit kemudian.



Harry Kane, yang ditempatkan di bangku simpanan oleh Mourinho sehingga minit ke-53, senyap ketika dimasukkan ke padang tetapi menyamakan kedudukan Tottenham pada minit ke-83.



Tempo permainan merosot dalam waktu tambahan tetapi gol Bernard pada minit ke-97 menentukan perlawanan malam kelmarin.



"Ia perlawanan yang tiada henti, seronok untuk peminat menonton di rumah," kata penolong pengurus Everton Duncan Ferguson, yang sebahagian pasukan kejuaraan Piala FA 1995 Everton.



"Ia perasaan hebat untuk mara ke pusingan seterusnya - kami tunjukkan semangat yang baik, kemudian Bernard muncul dengan gol kemenangan."



Dalam perlawanan Piala FA lain kelmarin, Manchester City mencatat rekod 15 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dengan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Championship Swansea City.



Sementara itu, jaringan waktu tambahan Kelechi Iheanacho membawa Leicester City ke pusingan suku akhir dengan menewaskan Brighton & Hove Albion 1-0. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >