Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tottenham tumbangkan Man City tanpa Harry Kane

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pep Guardiola dan Nuno Espirito Santo kededuanya enggan dijerat dengan soalan mengenai masa depan Harry Kane selepas Tottenham Hotpur menewaskan Manchester City 1-0 dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana England semalam.



Kane, yang dijangka berpindah ke City, tidak diturunkan oleh Nuno dalam perlawanan ini, walaupun ketiadaannya tidak menyebabkan sebarang kekurangan.



Pada masa yang sama, City, juara bertahan EPL, gagal menunjukkan ketangkasan, terutama di depan gol, menekankan peri penting bagi mereka mendapatkan Kane sebagai pemainnya.



Ditanya sama ada Kane akan beraksi dalam perlawanan Spurs yang seterusnya, Nuno berkata:



"Sejujurnya, Harry Kane ialah antara pemain terbaik di dunia.



"Beliau harus mempersiapkan diri dan membantu pasukan. Kami masih perlu pergi ke Portugal (pada Khamis) bagi Liga Persidangan Europa... selepas itu, kami akan berfikir tentang Wolves."



Kane dikatakan berada di stadium selepas latihan kelmarin, selepas kembali kepada kelab pada Jumaat lalu.



Pengurus City, Guardiola, pula enggan menjawab soalan sama ada Kane boleh mempertajam keupayaan pasukannya di depan gol.



Sebaliknya, beliau berkata beliau gembira dengan cara City mengatur serangan dalam perlawanan dengan Spurs semalam, meskipun pasukannya gagal menjaringkan sebarang gol.



"Pasukan kami sama seperti yang beraksi pada tahun lalu... hanya tiada Sergio (Aguero)," kata beliau dalam wawancara dengan BBC.



"Saya amat gembira dengan pemain lain... mereka juga boleh menjaringkan gol."



Semalam, Spurs tidak menunjukkan sebarang kelemahan meskipun beraksi tanpa kapten azimat Kane.



Sebaliknya, Son Heung-min menunjukkan beliau mampu memimpin barisan depan apabila beliau menggelecek bola melepasi pemain pertahanan City dan dari penjuru petak penalti, melepaskan rembatan yang melintang masuk ke gawang Ederson.



Cara beliau menjaringkan gol itu menunjukkan tekad dan semangat perjuangan yang dicerminkan oleh setiap pemain Spurs.



Sebaliknya, bintang England Jack Grealish yang dibeli daripada Aston Villa dengan harga £100 juta ($188 juta) kurang kreatif dan kurang menyerlah, sehinggalah beliau dilayangkan kad kuning pada penghujung perlawanan.



Spurs juga nyaris menjaringkan gol kedua sejurus selepas Son membuka tirai jaringan, tetapi Steven Bergwijn gagal menemui sasaran walaupun menembusi benteng lawan.



Dalam satu lagi perlawanan hujung minggu ini, West Ham United bangkit selepas dua kali ketinggalan untuk menewaskan Newscastle United 2-4 di tempat lawan.



West Ham ketinggalan 1-2 di waktu rehat tetapi berjaya bangkit menerusi gol-gol yang dijaringkan dalam separuh masa kedua oleh Said Benrahma, Tomas Soucek dan Michail Antonio.



Gol pembuka tirai perlawanan dijaringkan oleh Callum Wilson selepas lima minit, sebelum West Ham menyamakan kedudukan di pertengahan separuh masa pertama, dengan video penolong pengadil (VAR) memberi pengesahan bola rembatan Aaron Cresswell telah memasuki gawang tanpa mengena Jarron Bowen yang berada dalam kedudukan ofsaid.



Namun Newcastle menjaringkan gol kedua menerusi Jacob Murphy sejurus sebelum waktu rehat, membuka laluan bagi West Ham bangkit secara dramatik pada separuh masa kedua. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >