Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Trafik 'gila', antara cabaran susuri kehidupan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Trafik 'gila', antara cabaran susuri kehidupan

May 15, 2022 | 05:30 AM

SEDANG kota Hanoi memberikan nafas baru bagi saya yang sudah lebih dua tahun tidak dapat ke luar negara dek pandemik, ia juga hampir buat saya naik 'gila'.

Ini kerana keadaan trafik yang begitu sesak dan padat sejak kali pertama saya menjejakkan kaki di ibu kota Vietnam itu.

Dengan kesibukan trafiknya, pasti seseorang itu akan lebih berhati-hati untuk melintas jalan raya.

Apa tidaknya, ia begitu sesak dengan puluhan motosikal, pengangkutan utama di situ, yang bergerak pada satu masa.

Ditambah pula dengan bunyi hon yang tidak putus didengari apabila anda berada di jalan raya boleh membuat anda rasa 'gelisah'.

Meskipun lampu trafik wujud, kereta dan lautan motosikal tetap bergerak serentak, menyelit-nyelit dan membunyikan hon supaya kami pelintas memberikan laluan kepada mereka.

Ia membuka mata saya tentang keadaan trafik menggila di sini, di mana sebaliknya, ia adalah suatu perkara biasa bagi penduduk di sini.

Oleh demikian, jika anda ingin ke sini, anda perlu beranikan diri untuk melintas jalan raya mereka kerana sangat jelas kebanyakan daripada mereka tidak mematuhi undang jalan raya yang sama seperti Singapura.

Bagi pengangkutan untuk bergerak di Hanoi, anda boleh cuba menyewa motosikal (jika anda berani) dengan menunggang sendiri atau menjadi pembonceng, menggunakan perkhidmatan teksi seperti Grab ataupun berjalan kaki.

Namun, saya sarankan anda mengambil khidmat teksi supaya selamat di sepanjang perjalanan anda di sini.

Selain dari trafik, mencari makanan halal juga menjadi cabaran besar buat saya di sini.

Dengan kebanyakan jumlah penduduk Vietnam, lebih 93 juta, adalah penganut Daoisme, Buddhisme, dan Konfusianisme, ianya sukar bagi saya untuk berjumpa dengan peniaga makanan Islam di sini.

Namun, dengan kuasa Internet, saya dan rakan setugas berjaya mencari dan menikmati makanan halal selepas beberapa hari hanya mampu makan roti dan biskut atau makanan yang dibawa dari Singapura.

Salah satunya adalah Restoran dan Kafe Batavia yang terletak berhampiran dengan tasik West Lake dan mensajikan menu bercita rasa khas Indonesia yang kaya akan rempah.

Saya berpeluang bertemu dengan pemiliknya, Encik Azhar Rizal, yang berkata restorannya itu telah dibuka sejak 2016 apabila beliau ke Hanoi atas tugas kedutaan ketika itu.

Ia dibuka atas cabarannya juga untuk mencari makanan halal di kota itu.

Selain di situ, anda juga boleh menginap di hotel tiga bintang, Cosiana Hotel, di mana restorannya D'Lions, menawarkan makanan halal Singapura dan Malaysia seperti nasi goreng kampung, kway teow goreng dan macam-macam lagi.

Meskipun Hanoi tidak sempurna, saya gembira berpeluang menikmati suasana unik mereka di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3