Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trio wanita S'pura menang gangsa kejohanan dunia IBF

Nov 16, 2021 | 5:30 AM
PINGAT GANGSA: Atlit Singapura berjaya mendapat pingat gangsa setelah tewas 196-244 oleh Korea Selatan. - Foto SBF
PINGAT GANGSA: Atlit Singapura berjaya mendapat pingat gangsa setelah tewas 196-244 oleh Korea Selatan. - Foto SBF -

SINGAPURA memenangi pingat gangsa dalam acara trio wanita di Kejohanan Super Sedunia Persekutuan Bowling Antarabangsa (IBF) setelah ditewaskan oleh Korea Selatan di peringkat separuh akhir kelmarin.

Baek Seung-ja, Yang Su-jin, Jeon Ye-ran dan Ka Yun-mi dari Korea menewaskan pasukan Singapura yang diwakili Shayna Ng, Cherie Tan, New Hui Fen dan Iliya Syamim Muhd Azni 244-196 di Dubai.

Korea Selatan dijadualkan berdepan Guatemala dalam final di Hab Sukan, Kecergasan dan Kesejahteraan di Ekspo 2020 Dubai lewat semalam.

Guatemala berjaya menewaskan Colombia 222-189 dalam perlawanan separuh akhir yang lain.

Ng, Tan, New dan Iliya kini akan mengalihkan tumpuan mereka ke hari terakhir pertandingan semalam di mana mereka akan bersaing dalam pusingan berpasukan wanita.

Rakan senegara Cheah Ray Han, Jonovan Neo, Darren Ong dan Jomond Chia pula akan mengambil bahagian dalam acara yang sama bahagian lelaki.

Ng, Tan, Ong dan Cheah juga telah menjaminkan Singapura pingat dalam acara berpasukan campuran selepas menempah tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 238-200 ke atas Malaysia dalam perlawanan suku akhir kelmarin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg