Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trio warga S'pura jadi pengadil tinju tendang pertama Asia Tenggara

Oct 21, 2022 | 6:10 PM
NAIKKAN TARAF: (Dari kiri) Yip, Nazri dan Lye bergambar bersama pengerusi jawatankuasa tatami WAKO, Brian Beck (tiga dari kiri) semasa menjadi pengadil dalam Kejohanan Dunia WAKO untuk Kanak-kanak, Kadet dan Junior, di Jesolo, Italy pada awal bulan ini. - Foto PERSEKUTUAN TINJU TENDANG SINGAPURA
NAIKKAN TARAF: (Dari kiri) Yip, Nazri dan Lye bergambar bersama pengerusi jawatankuasa tatami WAKO, Brian Beck (tiga dari kiri) semasa menjadi pengadil dalam Kejohanan Dunia WAKO untuk Kanak-kanak, Kadet dan Junior, di Jesolo, Italy pada awal bulan ini. - Foto PERSEKUTUAN TINJU TENDANG SINGAPURA -

TIGA atlet tempatan yang aktif dalam sukan 'tinju tendang', Nazri Sutari, Valencia Yip dan Joel Lye kini dilantik sebagai pengadil rasmi Kelas C bagi Sukan Tatami - acara sukan tinju tendang menggunakan tikar tatami - di bawah Persatuan Dunia Pertubuhan Tinju Tendang (WAKO). Ketiga-tiga warga Singapura itu adalah yang pertama di Asia Tenggara untuk meraih kelayakan pengadil antarabangsa dalam Sukan Tatami. ukan tinju tendang di bawah WAKO terdiri daripada tujuh disiplin merentasi dua persekitaran - dalam gelanggang dan menggunakan tikar tatami. Mereka mendapat lesen itu dalam Kejohanan Dunia WAKO untuk Kanak-kanak, Kadet dan Junior, di Jesolo, Italy, yang berlangsung pada 30 September hingga 9 Oktober lalu. Sepanjang enam hari itu, setiap seorang mengadili lebih 200 perlawanan dalam pertandingan yang menampilkan hampir 2,000 atlet mewakili 62 negara. Lesen tersebut akan membolehkan mereka mengadili mana-mana pertandingan dari Piala Dunia hingga Kejohanan Benua. Pencapaian itu dianggap sebagai "langkah pertama ke arah mempromosi sukan tinju tendang di Singapura", kata Persekutuan Tinju Tendang Singapura (KFS) dalam satu kenyataan. Persekutuan itu juga merancang mempromosi Sukan Tatami dan menganjurkan lebih banyak kegiatan di sini, bertujuan membangunkan kumpulan bakat baru yang luas untuk disalurkan ke dalam skuad atlet prestasi elitnya. Nazri, 32 tahun, yang juga merupakan seorang atlet tinju tendang dan pengarah teknikal KFS, berkata: "Terdapat banyak pengetahuan teknikal yang anda perlukan untuk memahami dan membuat keputusan penting dengan pantas. "Akhirnya, saya percaya ini akan membantu meningkatkan prestasi pertarungan saya kerana sekarang saya tahu apa yang pengadil dan hakim benar-benar mencari." Yip, 32 tahun, ialah setiausaha agung KFS, manakala Lye, 29 tahun, merupakan naib presiden persekutuan itu. Presiden KFS, Jason Lim, pula berkata: "Selain mendapat lesen rasmi mereka, saya percaya apa yang lebih penting adalah membawa kembali pengalaman pembelajaran daripada Kejohanan Dunia." Ini termasuk membawa tahap kepakaran teknikal seperti pengadilan dan penganjuran yang sama ketika mereka mengendalikan pertandingan akar umbi atau kejohanan kebangsaan di sini. "Kami belajar daripada yang terbaik dan mendapat kebijaksanaan mereka dan menerapkannya secara tempatan di Singapura," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg