Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PERANCIS

Trofi pertama buat Pochettino sebagai pengurus

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



PERANCIS: Mauricio Pochettino menjulang trofi pertamanya sebagai pengurus - walaupun kejuaraan kecil - apabila Paris Saint-Germain menewaskan Marseille 2-1 untuk menjuarai Trophee des Champions di Lens kelmarin.



Ia hanya perlawanan ketiga bekas pengurus Tottenham Hotspurs itu setelah dilantik mengisi kerusi panas PSG awal bulan ini.



Mauro Icardi meledakkan gol pertama PSG dari jarak dekat, sebelum mendapat tendangan penalti yang disempurnakan Neymar buat gol kedua pasukan.



Dimitri Payet menjaringkan gol saguhati untuk Marseille pada hujung perlawanan, apabila beliau dengan pintar menguis bola ke dalam gawang.



Trophee des Champions ialah versi Perisai Masyarakat Perancis - perlawanan antara juara liga dan pemenang piala persatuan bola sepak (FA).



Kemenangan itu meneruskan dominasi PSG dalam bola sepak Perancis. Mereka memenangi 19 daripada 20 final piala domestik sebelum itu dan menjuarai pertandingan ini lapan tahun berturut-turut.



Pochettino gagal memenangi sebarang pertandingan sepanjang hampir empat tahun beliau di Espanyol, 16 bulan di Southampton dan lima setengah tahun bersama Spurs.



Bekas pemain pertahanan PSG itu tewas dalam final Piala League 2015 dan Liga Juara-Juara 2019 bersama Spurs. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >