Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Usah nilai persembahan pramusim, kata pengurus Liverpool Klopp

Jul 14, 2022 | 09:12 PM



USAH terlalu menilai persembahan dalam perlawanan pramusim sahaja, tegas pengurus Liverpool Jurgen Klopp.



Sebaliknya, pengurus asal Jerman itu berkata bahawa pramusim adalah peluang untuk beliau mempersiapkan para pemain sepenuhnya dari segi fizikal bagi musim baru yang dijangka mencabar mulai lewat bulan ini. 



Liverpool akan berdepan Manchester City dalam perlawanan Perisai Masyarakat FA pada 31 Julai sebelum membuka tirai musim terbaru Liga Perdana England pada Ogos ini.



Selasa lalu, Liverpool tewas 0-4 di tangan Manchester United dalam Piala Centenary Bangkok di Thailand. Perlawanan itu adalah sebahagian jelajah pramusim The Reds, naib johan Liga Perdana England musim lalu.



Liverpool akan dapat menebus kekalahan itu dalam perlawanan menentang Crystal Palace, bagi merebut Trofi Singapura Standard Chartered 2022 di Stadium Negara pada malam Jumaat (15 Julai).



Kekecewaan di Bangkok itu "tidak menggalakkan" tetapi ia juga tidak membimbangkan Klopp.



Dalam satu sidang media menjelang perlawanan itu yang diadakan petang ini, Klopp berkata:



“Adakah saya suka kalah kepada (Manchester) United? Tidak sama sekali.



Tapi, kita tidak hanya boleh menilai persembahan pramusim ini. Kami mengatur strategi sebegitu berdepan United sebab kami harus melakukan apa yang sewajarnya.”



Menentang United di Stadium Rajamangala, Klopp menurunkan pasukan berbeza bagi setiap 30 minit perlawanan. 



“Sejujurnya, kami mempunyai musim lalu yang lebih panjang berbanding United. Malah, ia merupakan musim yang paling sibuk untuk saya.



“Jadi, kami harus memberi pemain rehat sebanyak yang mungkin. Pemain yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa baru kembali ke latihan kelab tiga hari lalu dan ia mustahil untuk meminta mereka bermain selama 45 atau 60 minit dalam perlawanan. Kami harus menjaga mereka,” jelas Klopp.



“Perlawanan pramusim adalah penting. Tapi, perlawanan yang paling penting adalah perlawanan pada minggu-minggu mendatang...dan pemain sedang berusaha gigih untuk mempersiapkan diri bagi seluruh musim. 



“Ada kalanya, anda harus mengalami kesusahan dulu…Ia adalah keputusan teruk tapi ia sudah berlaku dan kita kami akan lihat bagaimana kami dapat memperbaiki persembahan esok menentang Crystal Palace,” katanya lagi.



Klopp  menambah peminat boleh menjangkakan sedikit perubahan pada barisan pemainnya esok. 



Palace juga mempunyai rintangan mereka sendiri.



Pengurus Patrick Vieira hanya mempunyai pilihan 10 pemain pasukan utama yang membuat perjalanan bagi jelajah pramusim mereka.



Mereka termasuk bekas pemain Liverpool Nathaniel Clyne, beserta Luka Milivojevic, Jean-Philippe Mateta, Jordan Ayew dan Odsonne Edouard.



Daripada skuad seramai 26 pemain Vieira, 16 adalah pemain akademi, atau yang belum membuat sebarang penampilan liga untuk Palace musim lalu.



Ini berbanding Liverpool, yang memiliki skuad seramai 37 pemain, dan dibintangi Mohamed Salah, Virgil Van Dijk, Jordan Henderson, Luis Diaz dan Trent Alexander-Arnold.



Vieira juga tanpa beberapa pemain utama seperti Michael Olise, Wilfried Zaha, Christian Benteke, Marc Guehi, Eberechi Eze, Will Hughes, Jeffrey Schlupp dan James McArthur.



Wajah baru Sam Johnstone dan Cheick Doucoure juga terlepas beraksi. 



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) sama ada ketiadaan pemain utama sepanjang perlawanan pramusim menjejas persiapan Palace menjelang musim terbaru liga Ogos ini, Vieira, dalam satu sidang media petang ini, berkata:



“Sebagai pengurus, persiapan yang terbaik sudah tentu untuk mempunyai semua pemain beraksi. (Tapi) ini adalah sebahagian daripada proses yang perlu kami lalui.



“Kami perlu meninggalkan beberapa pemain dari skuad. Ada daripada mereka yang perlu memperbanyak jumlah latihan. Ada yang perlu kekal di tanah air untuk bermain lebih banyak perlawanan. 



“Oleh itu, kami membawa beberapa pemain muda dan ini akan menjadi pengalaman sangat baik untuk mereka.”



Meskipun skuadnya “kurang taring”, Vieira tidak gentar untuk menguji anak didiknya berdepan Liverpool. 



“Ia pastinya bukan perlawanan mudah. Mereka adalah pasukan pencabar utama kejuaraan liga dan tempat bagi Liga Juara-Juara.



“Tapi, ini adalah tempoh persiapan dan esok, kami akan dapat melihat di mana tahap persiapan kami. Fokus utamanya adalah untuk bersiap sedia bagi perlawanan pembukaan musim,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >