Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Tuchel akur begitu kecewa selepas dipecat Chelsea

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel berkata beliau sangat kecewa selepas dipecat daripada jawatan pengurus Chelsea susulan permulaan hambar awal musim ini.



Jurulatih berusia 49 tahun dari Jerman itu disingkir pada Rabu lalu selepas pasukannya tewas mengejut 0-1 di Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.



"Ini antara kenyataan paling sukar pernah saya tulis dan saya harap tidak akan melakukannya lagi di masa depan. Saya sangat kecewa masa saya bersama Chelsea sudah berakhir.



"Saya selesa bersama Chelsea, sama ada secara profesional atau peribadi," kata Tuchel dalam akaun Twitter beliau.



Tuchel menunjukkan prestasi yang meyakinkan selepas menggantikan Frank Lampard pada Januari 2021, sekaligus meningkatkan kedudukan pasukan itu dalam Liga Perdana England (EPL) dan menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City.



"Rasa bangga dan gembira ketika membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Sedunia akan kekal dalam ingatan saya sepanjang hayat.



"Saya bangga menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini dan kenangan sepanjang 19 bulan memimpin Chelsea akan kekal menjadi detik istimewa di hati saya," tambah Tuchel.



Khamis lalu, Chelsea mengumumkan pelantikan pengurus Brighton & Hove Albion, Graham Potter, sebagai pengurus baru The Blues, menggantikan Tuchel.



Nama Potter mengharum musim ini selepas memimpin Brighton ke tangga keempat EPL dengan kutipan 13 mata daripada enam perlawanan pertama.



Beliau dilantik sebagai pengurus di kelab itu pada Mei 2019 dan sejak itu, telah membawa kelab itu ke tangga ke-15, ke-16 dan kesembilan dalam tiga musim beliau mengendalikannya.



Corak permainan yang diminatinya, iaitu menggalakkan pasukan menyerang dan bertahan dalam struktur yang fleksibel tetapi berdisiplin telah menarik perhatian musim ini.



Chelsea kini berada di tangga keenam EPL selepas tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.



Pemilik baru Chelsea juga telah berbelanja £255.3 juta ($412.8 juta) untuk membeli lapan pemain baru dengan harapan dapat bersaing merebut trofi pada musim ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >