Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tuchel bakal pengganti?

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Thomas Tuchel dijangka dilantik pengurus baru Chelsea selepas Frank Lampard dipecat kelmarin, dengan hierarki kelab berharap jurulatih asal Jerman itu adalah individu tepat untuk menonjolkan potensi pemain berbakat tinggi mereka.



Tuchel merupakan antara pengurus dengan personaliti paling rumit dalam bola sepak Eropah.



Jurulatih berusia 47 tahun itu dikenali sebagai pemain berkuasa politik dan gila kawalan, tetapi juga seorang pemikir taktikal yang berwawasan dan teratur.



Tuchel dipecat Paris Saint-Germain hujung Disember lalu berikutan perselisihan selama berbulan-bulan antara beliau dengan pengarah sukan Leonardo.



Meskipun beberapa individu di Perancis mengatakan Tuchel tidak pernah membawa yang terbaik dalam skuad merangkumi ramai bintang, PSG tetap melangkah ke final Liga Juara-Juara Ogos lalu dan memenangi kejuaraan domestik berturut-turut.



Namun rekod persembahannya dianggap cukup baik untuk lembaga Chelsea, yang memilih Tuchel sebelum pemecatan Lampard.



Pada mulanya, Tuchel tidak pasti sama ada beliau harus mengambil jawatan itu pertengahan musim, tetapi beliau telah lama mempertimbangkan pemindahan ke Liga Perdana - yang pertama ialah berbincang dengan Chelsea pada 2017 setelah beliau meninggalkan Borussia Dortmund.



Tuchel melihat tugas di Stamford Bridge sebagai peluang untuk membuktikan keupayaannya di England, seperti mana yang dilakukan Jurgen Klopp dan Pep Guardiola - dua jurulatih yang beliau kagumi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >