Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tuchel berang apabila ditanya berulang kali mengenai perang di Ukraine

Mar 3, 2022 | 5:30 AM
HILANG SABAR: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, mencelah seorang wartawan yang tak henti bertanya mengenai krisis di Ukraine. - Foto REUTERS
HILANG SABAR: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, mencelah seorang wartawan yang tak henti bertanya mengenai krisis di Ukraine. - Foto REUTERS -

LONDON: Pengurus Chelsea Thomas Tuchel hilang sabar dalam sidang media menjelang perlawanan Piala FA mereka di Luton Town, yang berlangsung semalam.

Beliau menegur wartawan selepas ditanya berulang kali mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Dunia sukan terus mengasingkan Russia kelmarin selepas ia melakukan pencerobohan ke atas Ukraine melalui darat, udara dan laut minggu lalu berikutan pengisytiharan perang oleh Presiden, Vladimir Putin.

Chelsea dimiliki oleh tokoh perniagaan dan hartawan asal Russia, Roman Abramovich, yang mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah Russia.

"Berapa kerap saya perlu menyatakannya? Ia mengerikan, sudah tentu, ia mengerikan, tidak boleh ada pendapat lain mengenainya.

"Semua orang di Eropah kini dalam keadaan terkejut, tiada siapa suka. Mungkin ia sama untuk anda, tetapi anda masih cuba melakukan tugas anda sebaik mungkin dan ia adalah sama untuk kami," kata Tuchel yang kelihatan marah dalam sidang media itu.

Suasana menjadi lebih hangat menjelang akhir persidangan itu, apabila pengurus dari Jerman itu mencelah seorang wartawan yang cuba bertanya soalan lain tentang perang tersebut.

"Anda perlu berhenti. Saya bukan ahli politik. Anda perlu berhenti, secara jujur.

"Saya hanya boleh mengulangi (diri saya sendiri) dan saya berasa kesal untuk mengulanginya kerana saya tidak pernah mengalami peperangan... Saya sangat bertuah, saya duduk di sini dengan aman dan melakukan yang terbaik yang saya boleh tetapi anda perlu berhenti bertanya kepada saya soalan-soalan ini. Saya tidak ada jawapan untuk anda," tambah Tuchel.

Ditanya sama ada beliau bimbang tentang masa depan Chelsea selepas pemilik, Abramovich, menyerahkan pengurusan kelab itu kepada pemegang amanah yayasan Chelsea minggu lalu, Tuchel berkata pemain dan pasukan pengurusannya cuba menumpukan perhatian kepada tugas mereka di padang.

"Kami cuba bertenang, dan kami tenang di tengah-tengah ribut atau bunyi bising di sekeliling kami yang tidak dapat kami kawal dan kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

"Hakikatnya, lebih baik untuk memberi tumpuan kepada apa yang kita suka dan apa yang kita lakukan, dan ia adalah sukan. Dan saya fikir kita mempunyai hak untuk memberi tumpuan kepada sukan, pemain mempunyai hak untuk memberi tumpuan.

"Inilah yang boleh kami lakukan untuk peminat... untuk mengalih perhatian mereka, untuk menghiburkan mereka dan melakukan apa yang kami lakukan dengan usaha dan komitmen yang maksimum," ujar beliau. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg