Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tuchel ganti Lampard sebagai pengurus Chelsea

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel telah dinamakan sebagai pengurus Chelsea selepas kelab itu memecat pengurus Frank Lampard, dengan harapan Tuchel boleh membantu pemain bertaraf bintang di kelab itu mencapai potensi masing-masing.



Tuchel, yang berasal dari Jerman, tiba di Stamford Bridge bersandar reputasi sebagai antara penyusun taktik dan strategi yang terbaik dalam bola sepak Eropah pada masa ini.



Namun, Tuchel, 47 tahun juga dikenali sebagai 'pengurus mikro' yang cenderung campur tangan dalam semua aspek pentadbiran pasukan dan berpotensi memecah-belahkan pasukan.



Beliau dipecat oleh kelab Ligue 1 Perancis Paris St-Germain (PSG) pada Disember tahun lalu, beberapa bulan selepas desas-desus timbul mengenai pertengkaran antara beliau dengan pengarah sukan Leonardo.



Beberapa pemerhati di Perancis mendakwa Tuchel gagal mencungkil yang terbaik daripada skuad PSG yang ditaburi bintang, meskipun beliau membimbing PSG ke final Liga Juara-Juara Eropah pada Ogos lalu dan memenangi kejuaraan liga bagi dua tahun berturut-turut.



Rekod tersebut, namun, mencukupi untuk menyakinkan lembaga Chelsea untuk menawarkan kontrak kepadanya sejurus sebelum ia memecat Lampard.



Meskipun Tuchel pernah berkata beliau ragu-ragu untuk menerima tawaran menjadi pengurus di tengah-tengah musim, beliau tetap menerimanya kerana ingin menguji keupayaan di Liga Perdana England (EPL).



Malah, Tuchel pernah berbincang dengan Chelsea pada 2017, sejurus selepas beliau beredar dari Borussia Dortmund.



Ini selepas berita Tuchel bertengkar dengan ketua 'scout' Sve Mislintat dan melarangnya memasuki padang latihan.



Hubungan Tuchel dengna lembaga Dortmund juga menjadi semakin teruk selepas beliau menuntut pasukan itu membeli beberapa pemain yang diingini secara peribadi, mencetus kemarahan ketua eksekutif Hans-Joachim Watze dan pengarah sukan Michael Zorc.



Namun Chelsea difahami rela mendapatkan Tuchel kerana yakin beliau boleh mencungkil potensi pemain 'mahal' yang kini telah dibeli Chelsea, seperti Timo Werner dan Kai Harvertz yang gagal memenuhi jangkaan sejak menyertai Chelsea.



Tuchel, yang telah melalui sistem pendidikan bola sepak di Jerman dianggap berkeupayaan membantu kededua pemain ini beraksi lebih baik.



Malah, beberapa pemain seperti Christian Pulisi dan Thiago Silva dilaporkan mengalu-alukan kehadiran Tuchel dan telah membayangkan rasa tidak senang dengan kepimpinan Lampard.



Lampard, yang sebagai pemain berstatus legenda di Chelsea, membelanjakan £222 juta ($250 juta) untuk mendapat Werner dan Harvertz serta beberapa pemain lain di awal musim ini.



Namun, kegagalan beliau mencungkil potensi mereka akhirnya membawa padah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >