Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekilas

jdt
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



Tunku Ismail: JDT tidak akan beli Ozil



KUALA LUMPUR: Pemenang Piala Dunia yang juga bekas pemain Arsenal Mesut Ozil tidak pernah ditimbangkan bagi mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT), kerana kelab itu tidak memerlukan pemain yang enggan berjuang bermati-matian bagi pasukan, kata pemilik JDT Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Tunku Ismail menegaskan mereka tidak mahu menghabiskan duit pasukan hanya untuk membayar gaji pemain yang tidak akan berlari tiga meter untuk bertahan bersama rakan sepasukan di padang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Tiada 'superstar' dalam JDT. Kita mahukan pemain yang memberi komitmen tinggi, sanggup mati untuk satu sama lain dan komited untuk bertahan serta menyerang sebagai satu unit," katanya.



Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim semalam.



"Jadi untuk Mesut Ozil, tidak pernah ada dalam perancangan saya kerana kalau beliau bagus, kenapa tiada satu kelab ambilnya? Mungkin ada masalah peribadi, mungkin juga kerana sikap.



"Saya tak mahu burukkan sesiapa kerana saya pun tak kenalnya. Tetapi ini adalah faktor di mana kita harus buat penilaian kenapa tiada pasukan mahukan dia.



"Takkan kita mahu terima setakat untuk ada nama besar di JDT. Saya mahukan keputusan dan kejayaan, bukan bersifat populis. Untuk berjaya kita perlukan pemain yang boleh bagi 100 peratus," kata Tunku Ismail.



Namun, Tunku Ismail memberi bayangan khabar gembira bagi penyokong JDT apabila beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan pemain Sevilla Papu Gomez.



JDT dikaitkan dengan pemain itu dalam media, tetapi Tunku Ismail berkata pemain itu hanya boleh dijadikan pemain JDT jika harganya sesuai.




Qatar alu-alu semua 'tanpa diskriminasi' ke Piala Dunia



DOHA: Amir Qatar kelmarin berkata semua peminat dialu-alukan ke pertandingan bola sepak Piala Dunia tahun ini "tanpa diskriminasi", dalam usaha mengurangkan kebimbangan yang ditimbulkan oleh aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ).



Homoseksualiti haram di negara Teluk itu dan penganjur pertandingan itu sedang berusaha meyakinkan kumpulan hak asasi bahawa pasangan sejenis tidak akan menghadapi tindakan di kejohanan yang bermula 20 November itu.



Sheik Tamim Hamad al-Thani memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) rakyat Qatar akan "membuka pintu kami untuk semua (peminat) tanpa diskriminasi untuk menikmati perlawanan bola sepak dan suasana kejohanan menakjubkan".



Qatar menganggap dirinya sebagai negara konservatif dan komuniti LGBTQ menjadi tumpuan menjelang Piala Dunia.



"Warga Qatar akan menerima peminat bola sepak dari semua lapisan masyarakat dengan tangan terbuka," kata Sheik Tamim kepada perhimpunan yang dihadiri pemimpin dunia itu, tanpa menyebut mana-mana kumpulan tertentu.



"Dunia akan melihat bahawa salah satu negara bersaiz kecil dan sederhana mampu menganjurkan acara global dengan kejayaan luar biasa, di samping keupayaannya menyediakan suasana luas untuk kepelbagaian dan interaksi membina antara rakyat."



Menyusuli komen oleh pegawai Qatar tahun ini, Fifa menegaskan semula bahawa bendera pelangi LGBTQ akan dibenarkan di sekitar stadium. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >