Premium
Tyson kembali ke gelanggang
Jul 25, 2020 | 5:30 AM
KEMBALI KE GELANGGANG: Mike Tyson membuat pengumuman bahawa beliau sedia kembali ke gelanggang untuk pertarungan menentang Roy Jones Jr pada 12 September nanti di Los Angeles.- Foto EPA-EFE -
LOS ANGELES: Bekas juara tinju heavyweight sedunia, Mike Tyson, yang bersara pada 2005, akan kembali ke dalam gelanggang untuk menentang Roy Jones Jr pada 12 September di Los Angeles.
Tyson, 54 tahun, membuat pengumuman itu di laman Legends Only League, di mana beliau akan bertarung lapan pusingan menentang lawannya yang berusia 51 tahun itu yang juga pernah bergelar juara heavyweight dunia.

