Topik diikuti
Pergi ke BHkuUAE belasah Malaysia 10-0, Dollah Salleh letak jawatan
Premium
UAE belasah Malaysia 10-0, Dollah Salleh letak jawatan
UAE belasah Malaysia 10-0, Dollah Salleh letak jawatan
Sep 6, 2015 | 5:30 AM
BERIKUTAN kekalahan teruk 10-0 di tangan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Khamis lalu, jurulatih bola sepak kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh, telah meletakkan jawatan. Beliau digantikan Ong Kim Swee, yang menjadi jurulatih sementara pasukan.
Bekas penyerang antarabangsa Malaysia, Dollah, 51 tahun, mengumumkan keputusan meletakkan jawatan apabila pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin selepas kekalahan besar di kelayakan Piala Dunia di Abu Dhabi.
