Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Ubah minda demi bangun Singa berjaya: Bekas pemain nasional

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



PERUBAHAN yang menyeluruh perlu dilaksanakan ke atas ekosistem bola sepak setempat supaya ia maju di masa depan, kata dua bekas pemain nasional.



Bahkan, dua bekas pemain itu, Noor Ali, dan Yakob Hashim berkata satu struktur pembangunan bola sepak negara yang kukuh dan selaras bagi setiap peringkat usia - hingga ke peringkat nasional perlu diadakan.



Mereka memberikan cadangan tersebut semasa menyertai berbincangan di podcast #NoTapis Extra Time - sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu - baru-baru ini.



Pada 2021, pemerintah telah melancarkan projek bola sepak nasional, Unleash the Roar! yang bertujuan untuk membangun dan mencungkil bakat baru yang boleh mendukung Singapura ke Piala Dunia 2034.



Namun kededua Noor Ali, yang kini berkhidmat sebagai jurulatih Geylang International dan Yakob, yang bekas penjaga gawang nasional yang pernah menjadi anggota majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata sasaran ke Piala Dunia itu - dalam tempoh 12 tahun - amat sukar untuk dicapai memandangkan keadaan bola sepak negara pada masa kini.



"Secara logik, ia sukar. Tahap bola sepak kita buat masa ini terlalu jauh ketinggalan berbanding pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan. Struktur pembangunan bola sepak kita harus betul," kata Noor, bekas pemain midfield Singapura.



"Budaya kita di Singapura adalah sukan berserta pelajaran. Pelajaran sentiasa didahulukan dan ibu bapa ingin anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran sebab kita tahu taraf kehidupan di Singapura tidaklah mudah.



"Sementara itu, bola sepak dianggap sebagai sukan atau hobi saja di sini...Kita boleh bermimpi (untuk ke Piala Dunia) tapi ia sejujurnya sukar."



Noor juga berkongsi pengalamannya melatih pasukan 'B' Bawah 18 Tahun kelab Jepun Matsumoto Yamaga FC pada 2018. Beliau dihantar oleh Geylang International untuk menimba pengalaman melatih di Jepun.



Selama setahun di sana, beliau kagum melihat bagaimana semua kelab serata negara itu menerapkan gaya permainan bola sepak yang sama.



"Semasa saya melatih Yamaga dan pergi ke Shimizu, Chiba atau mana-mana di Jepun untuk bersaing, saya perhatikan bahawa bola sepak yang dimainkan sama. Tiada beza.



"Selepas itu, saya menyedari bahawa struktur permainan ini datang dari Persatuan Bola Sepak Jepun sendiri. Sebab itu, pasukan nasional mereka boleh berjaya (seperti mana di Piala Dunia 2022)," ujar Noor.



Jepun berjaya menewaskan dua juara dunia, Sepanyol dan Jerman untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir di Qatar.



Noor menambah bahawa struktur pembangunan bola sepak Jepun menghasilkan banyak pemain muda yang berbakat selain mewujudkan saingan yang sihat antara pemain.



"Di peringkat bawah usia 14 tahun saja, ada banyak pemain bersaing untuk satu posisi. Anda tidak boleh ambil lewa. Anda berbuat sedemikian, akan ada pemain lain yang bersedia mengambil tempat anda.



"Jadi, ada saingan antara pemain dan kita tidak boleh lupa bahawa mereka juga belajar," jelasnya.



Menurut Noor, dalam satu kejohanan belia tahunan di Kanazawa, bakat pemain akan dicungkil oleh kelab-kelab dan dipanggil untuk menyertai ke universiti yang terbaik.



"Jika anda bagus dalam bola sepak dan pelajaran, anda akan boleh ke universiti di wilayah Tokyo di mana semua kelab besar berada. Jadi, pemain akan cuba belajar bersungguh-sungguh untuk pergi ke Tokyo.



"Itulah bakat yang mereka perolehi, jumlah wang yang dilaburkan, bukan untuk pasukan nasional, tapi bola sepak belia peringkat usia," kata Noor.



Yakob pula berpendapat bahawa semua pemain muda harus diberikan peluang sama rata untuk cuba mewakili negara dan bermain di tahap lebih tinggi.



"Jurulatih nasional bagi pasukan peringkat usia akan ambil langkah mudah. Mereka akan ambil separuh pemain dalam pasukan daripada Sekolah Sukan Singapura, separuh lagi daripada Akademi Belia Lion City Sailors (LCS)," dedah jurulatih bebas di akademi bola sepak belia dan sekolah-sekolah itu.



Beliau berkata para pemain ini kerap dipilih kerana mereka menjalani latihan empat kali seminggu di sekolah atau akademi masing-masing, berbanding pemain yang berlatih seminggu dalam kelab-kelab Pusat Kecemerlangan (COE) FAS.



"Jurulatih ini fikir pemain yang berlatih empat kali lebih mantap daripada yang berlatih sekali seminggu. Tapi, dalam soal bakat, pemain daripada misalnya Geylang mungkin lebih baik daripada Sekolah Sukan Singapura atau LCS. Tapi, mereka tidak diberi peluang.



"Oleh itu, ramai sebenarnya pemain muda yang berbakat putus asa," tambah Yakob.



Noor menyarankan untuk Singapura mempertimbangkan jurulatih yang sesuai dan khusus untuk membentuk bola sepak di peringkat usia.



"Di Jepun, jika anda ialah jurulatih pasukan bawah 13 hingga 15 tahun, anda akan hanya fokus pada peringkat usia itu. Ini kerana pembangunan bagi setiap peringkat usia berbeza dan ada permintaan tersendiri.



"Sementara di sini, kami hanya fikir tentang pembangunan secara am saja...Keseluruhan pembentukan bola sepak negara harus diubah," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >