Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

URA-URA BENTUK LIGA SUPER EROPAH

Uefa batal tindakan guaman ke atas 3 kelab

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



ZURICH: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) telah mengakhiri proses guaman terhadap Barcelona, Juventus dan Real Madrid di atas penglibatan kelab-kelab itu dengan Liga Super Eropah (ESL).



Dua kelab dari Sepanyol dan satu dari Italy itu antara 12 kelab pengasas yang mencadangkan pertandingan tersebut sebagai pilihan baru yang boleh menggantikan Liga Juara-Juara Eropah.



Rancangan bagi pertandingan baru itu kini telah runtuh, dengan sembilan kelab lain termasuk Liverpool dan Manchester United mengundur diri.



Sebaliknya, Juventus, Real dan Barcelona enggan membatalkan projek tersebut dan sebelum ini disiasat kerana disyaki melanggar rang kerja undang-undang Uefa.



Namun, Uefa kini berkata prosiding bagi kes itu seolah-olah tidak dimulakan.



Dalam kenyataannya semalam, Uefa berkata:



"Badan Rayuan Uefa mengisytiharkan prosiding itu dibatalkan dan tidak sah."



Langkah itu diambil selepas sebuah mahkamah di Madrid memutuskan Uefa tidak seharusnya menghukum ketiga-tiga kelab itu. Mahkamah itu berkata Uefa melanggar undang-undang perdagangan bebas dalam Kesatuan Eropah (EU) jika ia berbuat demikian.



Perkara itu kini telah dirujuk ke Mahkamah Keadilan Eropah untuk menentukan sama ada Uefa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona, Real dan Juventus.



Namun, sementara kes itu berlangsung, Uefa telah memberi respons kepada tuntutan dari mahkamah di Madrid untuk menggantung prosiding disiplin terhadap tiga kelab itu, dengan mengakhiri prosiding undang-undang.



Sementara itu, Uefa berkata ia belum lagi akan mengambil bayaran pampasan yang dipersetujui dengan kelab-kelab lain yang terlibat dalam ESL, seperti Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspur dari Liga Perdana England, serta Atletico Madrid dari Sepanyol dan dua kelab Italy, Inter Milan dan AC Milan.



Kesemua kelab EPL itu telah bersetuju membuat bayaran bersama £22 juta ($40 juta) pada Jun lalu.



Langkah selanjutnya berhubung pembayaran itu akan diambil selepas Mahkamah Keadilan memberi keputusannya, kata Uefa.



"Uefa sentiasa berpandangan ia sentiasa bertindak selaras bukan sahaja dengan undang-undang dan peraturan sendiri, malah dengan undang-undang EU, Konvensyen Eropah bagi Hak Manusia dan undang-undang Switzerland berhubung projek ESL ini.



"Justeru, Uefa terus berkeyakinan dan akan terus mempertahankan kedudukannya dalam semua bidang yang dikuasainya," kata Uefa dalam kenyataannya.



"Ia juga akan terus mengambil sebarang langkah yang wajar, berdasarkan undang-undang negara dan EU, untuk mempertahankan kepentingan Uefa dan pihak berkepentingan yang lain." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >