Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Uefa lancar siasatan bebas ke atas insiden penyokong di final Liga Juara-Juara

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



LUASANNE (Switzerland): Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) semalam mengumumkan ia telah membuka siasatan bebas berikutan kekecohan sebelum final Liga Juara-Juara Eropah antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France, Paris, pada Sabtu lalu.



Badan induk bola sepak Eropah itu berkata laporan itu akan "menilai proses membuat keputusan, tanggungjawab dan sikap semua pihak terbabit dalam final itu".



Uefa melantik tokoh politik Portugal, Tiago Brandao Rodrigues, untuk meneliti laporan itu sebaik saja ia dilengkapkan sebelum mengambil tindakan susulan sewajarnya.



"Bukti akan dikumpul daripada semua pihak terbabit," kata Uefa.



"Hasil laporan bebas itu akan didedahkan kepada umum."



Brandao Rodrigues pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Portugal dan ahli Agensi Antidadah Dunia serta atase Olimpik Portugal ke Sukan Olimpik London 2012.



Kerajaan Perancis semalam menyalahkan penipuan jualan tiket besar-besaran dan cara Liverpool mengendalikan penyokong mereka yang mencemarkan final hujung minggu lalu itu.



Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, menyifatkan senario di luar stadium yang menyaksikan sebahagian penyokong termasuk kanak-kanak menjadi sasaran gas pemedih mata oleh polis Perancis sebagai sesuatu yang menyedihkan.



Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Gerald Darmanin, berkata Liverpool memberikan penyokong mereka tiket kertas, bukan elektronik yang menyebabkan ia boleh menyebabkan "penipuan besar-besar dalam skala industri".



Lebih daripada dua pertiga tiket daripada sebahagian 62,000 penyokong Liverpool didapati palsu, kata menteri berkenaan.



"Saya mahu katakan sekali lagi bahawa keputusan itu diambil untuk menghalang kematian atau kecederaan serius," kata Encik Darmanin selepas mengadakan mesyuarat tergempar semalam.



Menteri Sukan Perancis, Cik Amelie Oudea-Castera, mengarahkan satu laporan dibuat berkaitan masalah semasa a perlawanan yang dimenangi Real itu.



Sepak mula final itu tergendala lebih setengah jam apabila polis cuba menghalang penyokong yang mahu masuk ke stadium tanpa tiket.



Rakaman televisyen menunjukkan imej seorang lelaki yang tidak memakai jersi merah Liverpool melompat pagar stadium dan melarikan diri daripada pengawal.



Di luar stadium, penyokong termasuk wanita dan kanak-kanak ditembak gas pemedih mata oleh polis rusuhan, kata seorang saksi. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >