Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

'Unbreakable' akan disiar secara langsung

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



SATU pertarungan kickboxing bagi merebut gelaran dunia akan membarisi acara siaran langsung pertama One Championship tahun ini.



Menurut kenyataan penganjur aksi seni pertahanan diri campuran (MMA) itu kelmarin, acara yang dikenali sebagai 'Unbreakable' akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura pada 22 Januari nanti.



Acara kelima One Championship dalam jangka masa empat bulan ini bakal menyaksikan juara dunia kickboxing bantamweight Alaverdi Ramazanov dari Rusia mempertahankan gelarannya menentang Capitan Petchyindee Academy dari Thailand.



Sementara itu, atlet MMA dan bekas juara kelas bantamweight, Shinya Aoki berharap dapat meraih kemenangan ketiganya berturut-turut apabila berentap menentang James Nakashima dari Amerika Syarikat.



Seorang lagi bekas juara dunia MMA, Zebaztian Kadestam dari Sweden, juga akan beraksi menentang Gadzhimurad Abdulaev dari Rusia dalam pertarungan kelas welterweight.



Acara tersebut turut akan membarisi enam pertarungan lain, yang merupakan kesinambungan dari kerjasama One Championship dengan pemerintah Singapura dalam menganjurkan sukan antarabangsa secara langsung dalam Fasa Tiga ini.



One menganjurkan acara sukan secara langsung pertama di Singapura sejak wabak koronavirus dengan acara 'Reign of Dynasties' pada 9 Oktober lalu, yang diadakan di belakang pintu tertutup.



Ia kemudian menganjurkan tiga lagi acara - 'Inside the Matrix' (30 Oktober), 'Big Bang' (4 Disember) dan 'Collision Course' (18 Disember) - yang masing-masing hanya terhad kepada 250 penonton berbayar. Kesemua penonton perlu menjalani Ujian Antigen Pantas atau Antigen Rapid Test (ART) sebelum dibenarkan masuk untuk menyaksikan acara tersebut.



Bilangan penonton yang sama juga akan dibenarkan bagi acara 'Unbreakable' ini, dengan penganjur juga akan menawarkan pakej tiket "Superfan" yang berharga $148 setiap satu, yang termasuk tempat duduk dengan jarak sosial serta cenderahati.



Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket menerusi Ticketmaster.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >