Topic followed successfully
Go to BHkuUnited dijulang keyakinan hidupkan semula cabaran
Premium
United dijulang keyakinan hidupkan semula cabaran
Sep 30, 2015 | 5:30 AM
United dijulang keyakinan hidupkan semula cabaran
WAJAH-WAJAH CERIA: Kapten Manchester United, Wayne Rooney (kiri), yang kelihatan bersama Memphis Depay, serta bakat muda, Anthony Martial, diharapkan terus menyerlah bagi membantu perjuangan pasukan itu pula di Eropah. - Foto REUTERS -
MANCHESTER: Manchester United, yang kembali bertakhta di puncak Liga Perdana, akan cuba mengembalikan kempen Liga Juara-Juara mereka ke landasan yang betul apabila menerima kunjungan Wolfsburg di Old Trafford hari ini (2.30 awal pagi esok waktu Singapura).
United telah memulakan kempen mereka musim ini dengan agak perlahan. Tetapi kedatangan Anthony Martial pada hari terakhir pemindahan pemain kelihatan telah menyuntik semangat baru pada skuad bimbingan Louis van Gaal yang mencatatkan empat kemenangan berturut-turut ke atas Liverpool, Southampton, Ipswich Town dalam Piala Liga dan Sunderland - kesemuanya dengan jaringan tiga gol.
