United jumpa Liverpool pada pusingan keempat
LONDON: Manchester United akan berdepan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA, manakala pasukan Liga Dua Cheltenham bertemu Manchester City.
Liverpool dan United akan berentap dua kali berturut-turut dalam seminggu, selepas dua pasukan teratas itu akan juga bertembung pada aksi Liga Perdana England (EPL) enam hari sebelum perlawanan FA.
Perlawanan EPL antara dua pasukan itu berlangsung di Anfield manakala Piala FA di Old Trafford.
Kelab kerdil Chorley, yang mengejutkan Derby, pula akan menanti kunjungan pasukan EPL, Wolverhampton.
Pengurus Chorley, Jamie Vermiglio memberitahu BBC Sport: "Inilah yang saya mahukan, iaitu bertemu lawan daripada EPL. Ia sangat hebat.
"Ada juga sedikit sejarah kerana pada 1986, Chorley beraksi menentang Wolves di tempat sendiri dan menewaskan mereka 3-0, jadi kami perlu melakukannya sekali lagi."
Sekiranya Chorley dapat melakukan kejutan sekali lagi, mereka akan bertemu juara bertahan Arsenal pada pusingan kelima.
Kelab Liga Dua Crawley, yang menewaskan Leeds 3-0 pada pusingan ketiga, akan bertandang ke Bournemouth.
Pusingan keempat Piala FA akan berlangsung sepanjang minggu dari 22 hingga 25 Januari, manakala pusingan kelima dari 9 hingga 11 Februari. - AFP.
PUSINGAN KEEMPAT PIALA FA
Manchester United lwn Liverpool
Cheltenham lwn Manchester City
Bournemouth lwn Crawley
Swansea lwn Nottingham Forest
Southampton/Shrewsbury lwn Arsenal
Barnsley lwn Norwich
Chorley lwn Wolves
Millwall lwn Bristol City
Brighton lwn Blackpool
Wycombe lwn Tottenham
Fulham lwn Burnley
Sheffield United lwn Plymouth
Chelsea lwn Luton
West Ham lwn Doncaster
Brentford lwn Leicester
Everton lwn Sheffield Wednesday

