Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United mahu dapatkan penjaga gol Atletico Madrid

May 29, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United akan mendapatkan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak bagi menyelesaikan krisis pemain nombor satu mereka.



The Red Devils akan melepaskan David De Gea bagi membawa masuk Oblak - pada masa sama meringankan beban 375,000 pound ($704,000) seminggu yang dibayar untuk penjaga gol bermasalah itu.



Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer dan barisan kejurulatihannya sejak berbulan lalu pening memikirkan siapa akan bermula di gawang pasukan - dengan De Gea serta Dean Henderson diberikan peluang untuk merebut posisi itu.



Namun penasihat Solskjaer mahu pengendali dari Norway itu mendapatkan Oblak, penjaga gol Slovenia yang baru memenangi La Liga bersama Atletico.



Oblak, 28 tahun, bernilai sekitar 70 juta pound tetapi jumlah itu dapat ditampung dengan memasukkan De Gea dalam tawaran berkenaan.



De Gea yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ke-22 dalam penentuan final Liga Europa menentang Villarreal, memulakan kariernya bersama Atletico dan jika tawarannya bagus, dia sanggup kembali bersama kelab Sepanyol itu.



Henderson, 24 tahun, diberikan peluang untuk posisi berkenaan tetapi beraksi hambar ketika kekalahan 4-2 kepada Liverpool di laman sendiri. United juga sedia melepaskan De Gea, 30 tahun, kepada mana-mana kelab yang mampu menampung gajinya seperti Paris Saint-Germain dan Juventus.



Dalam pada itu, penjaga gol veteran Tom Heaton, 35 tahun, bersetuju menyertai United dari Aston Villa, dengan masa depan Lee Grant dan Sergio Romero belum diketahui.



"Bangkit dan jatuh. Belajar daripada pengalaman, berjuang semula dan menang. @ManUtd Terima kasih atas sokongan anda," kata De Gea di media sosial selepas kekalahan di Gdansk.



Selain gagal menyempurnakan sepakan, De Gea turut mengabaikan nota jurulatih berkenaan sepakan penalti lawan dan dia gagal menyelamatkan semua 11 sepakan Villarreal.



Bagaimanapun hanya empat daripada tekaan jurulatih yang diberikan kepada De Gea tepat



David de Gea boleh memastikan kejayaan dalam Liga Europa buat Manchester United jika dia mengikut arahan menyelamatkan sepakan penalti ketika tewas berdepan Villarreal.



De Gea, yang tidak pernah menyelamatkan penalti sejak 2016, gagal menyekat semua 11 sepakan dan kemudian gagal menyempurnakannya sendiri menyebabkan Villarreal meraih kemenangan.



Namun ia pastinya berbeza jika De Gea mengikut arahan menerusi nota diberikan dengan pemain berusia 30 tahun itu hanya mengikut arahan hingga penalti keenam.



Menurut arahan, De Gea perlu melayangkan badan ke kanan bagi sepakan Paco Alcacer dan Alberto Moreno namun gagal menyelamatkannya.



Moi Gomez melakukan sepakan seperti diramalkan nota dan terus ke tengah.



Masalah buat United ialah De Gea, buat pertama kali dalam penentuan penalti itu, tidak menghiraukan arahan dan melayangkan badan ke kiri, jika ia kekal, ia mungkin boleh menjadi latihan buat penjaga gol itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >