United menang besar, Arsenal kecewa lagi, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Sukan0

LIGA EUROPA

United menang besar, Arsenal kecewa lagi

May 01, 2021 | 05:30 AM

MANCHESTER: Bruno Fernandes dan Edinson Cavani masing-masing menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester United bangkit selepas ketinggalan dan membelasah Roma 6-2 dalam separuh akhir pertama Liga Europa.

Kemenangan itu bukan sahaja memberikan United kelebihan besar untuk mara ke final, malah ia mampu tewas kepada Roma dalam separuh akhir kedua, asalkan tidak melebihi jaringan di Old Trafford semalam.

Fernandes memberikan United permulaan baik apabila beliau membuka tirai jaringan pada minit ketujuh.

Namun, pengadil memberikan penalti kepada Roma selepas Paul Pogba menyentuh bola dengan tangannya dan Lorenzo Pellegrini tidak mensia-siakan 'hadiah' tersebut untuk menjaringkan gol penyamaan.

Bak mimpi ngeri yang baru bermula, United ketinggalan 1-2 kurang 20 minit selepas itu, apabila Pellegrini membuat hantaran kemas kepada Edin Dzeko untuk menjaringkan gol kedua Roma.

Discover Malay Home Based Businesses

Itu adalah gol keenam bagi Dzeka - bekas pemain Manchester City - di Old Trafford dalam lima perlawanan.

Namun separuh masa kedua mengundang pasukan United yang lebih bersemangat dan lebih rela bersaing untuk merebut bola.

Selang tiga minit babak kedua bermula, Cavani berjaya menyamakan kedudukan sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-64 untuk memberi kelebihan 3-2 kepada United.

Permainan yang menjadi lebih terbuka selepas itu menjadi lebih berpihak kepada United selepas ia menerima tendangan penalti.

Chris Smalling, bekas pemain United, mengasari Cavani dalam petak penalti dan Fernandes tidak membuat kesilapan untuk menjaringkan penalti dan memberikan United kelebihan 2-4.

Dengan Roma kian tertekan United terus mengasak dan Pogba menjaringkan gol kelima menerusi tandukan kencang sebelum Mason Greenwood menyumbat gol keenam dan terakhir bagi United.

Gol itu juga menjadikan United pasukan pertama menjaringkan enam gol dalam separuh akhir pertandingan utama di Eropah, selepas Real Madrid berbuat demikian di final Piala Eropah pada 1964.

Kemenangan itu bermakna tempat United di final hampir terjamin, dan hanya keputusan di luar dugaan di Roma minggu depan boleh merosakkan peluang United itu.

Dalam pada itu, Nicolas Pepe memberi harapan kepada Arsenal walaupun ia tewas kepada Villareal 2-1.

Pepe menjaringkan satu gol di padang lawan, yang bermakna Arsenal hanya perlu memenangi suku akhir kedua di Stadium Emirates dengan jaringan 1-0 untuk mara ke final, di mana United dijangka menunggu.

Gol penting itu lebih bermakna, kerana Arsenal terpaksa bermain dengan hanya 10 orang selepas Dani Ceballos dilayangkan kad merah pada pertengahan separuh masa kedua.

Menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan sebagai juara Liga Europa kian kelihatan sebagai peluang terbaik bagi Arsenal yang kini berada di luar tempat kelayakan di Liga Perdana England.

Villareal pula, walaupun memenangi perlawanan tersebut, tahu ia masih perlu berhempas pulas untuk ke final semasa bertandang ke Stadium Emirates nanti. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map