Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU MANCHESTER UNITED LWN WEST HAM

United minat beli bintang Inter Milan Skriniar

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER United dilaporkan sedang memantau pemain pertahanan Inter Milan, Milan Skriniar.



Kontrak pemain itu di San Siro dijangka tamat akhir musim ini, namun Erik ten Hag dijangka berhadapan persaingan daripada Paris Saint-Germain dan satu lagi pasukan EPL, Chelsea.



Skriniar, 27 tahun, dianggap salah seorang pemain utama dalam posisinya di Eropah dan adalah anggota penting dalam skuad Inter Milan sejak pemindahannya ke kelab tersebut pada 2017.



Namun Inter dilaporkan gagal membuat persetujuan tentang melanjutkan kontrak pemain asal Slovakia itu.



Justeru Skriniar boleh membuat perjanjian prakontrak dengan sebuah kelab lain mulai Januari ini sekiranya kontraknya dengan Inter tidak diperbarui meskipun Inter berharap untuk meyakinkan beliau untuk memperbarui kontrak baru dengan kelab tersebut.



Pengarah Inter Milan, Giuseppe Marotta, berkata perbincangan akan berlangsung tidak lama lagi.



"Kami akan bertemu dalam beberapa minggu ini," katanya.



Skriniar telah menyarung jersi Inter sejak meninggalkan Sampdoria pada 2017 dan memenangi Serie A Italy di bawah bimbingan Antonio Conte pada 2020/2021.



Beliau dianggap pemain utama bagi Inter dan telah tampil dalam setiap perlawanan musim ini dalam Serie A serta Liga Juara-Juara Eropah di bawah pengurusan Simone Inzaghi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >