Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

United perlu menang perlawanan besar untuk juarai EPL: Keane

Bekas kapten akui pasukan maju di bawah Solskjaer sepanjang enam bulan lalu
Jan 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Keputusan seri Manchester United dengan Liverpool di Anfield Ahad lalu menandakan kemajuan mereka di bawah Ole Gunnar Solskjaer, tetapi mereka harus menang perlawanan besar sebegitu sekiranya mereka ingin menjadi juara Liga Perdana, kata bekas kapten Roy Keane.



United kini dua mata di depan di puncak liga sedang mereka berusaha menjulang mahkota EPL kali pertama sejak 2013.



"Kemajuan yang mereka capai sepanjang enam bulan lalu, dan bahkan membincangkan bahawa Man United kini di tangga teratas liga... ada kemajuan nyata," kata Keane, yang memenangi tujuh kejuaraan liga bersama United, kepada Sky Sports.



"Bahagian seterusnya adalah bahagian paling sukar. Jika anda hendak menang liga, anda harus menang perlawanan-perlawanan sengit ini. Mereka belum menunjukkannya."



Bekas pemain pertahanan United Gary Neville berkata juara bertahan Liverpool dan penghuni tempat kedua Manchester City masih merupakan dua pasukan terbaik dalam liga.



"Peluang tipis yang mereka (United) ada untuk menang liga ini akan bergantung pada perkara seperti Paul Pogba menghasilkan persembahan cemerlang selama dua atau tiga bulan, yang dia boleh lakukan," kata Neville.



Bekas penyerang England dan Newcastle United Alan Shearer memuji kehebatan setiap bahagian pasukan United - daripada serangan kepada pertahanan.



"(Bruno) Fernandes memainkan peranan besar dalam kebangkitan semula mereka, tetapi tidak dinafikan United adalah pasukan yang sangat bagus dari bahagian serangan kepada pertahanan," tulis Shearer dalam analisis Match of The Day 2 BBC Sport.



"Mereka sekali lagi menunjukkan susunan dan perpaduan mereka dengan cara mereka pertahankan benteng dan sanggup bekerja keras di Anfield, dan mutu individu mereka hampir memenangi perlawanan itu.



"Persembahan pertahanan mereka paling mengagumkan saya. Keseluruhan barisan pertahanan mereka sangat bagus tetapi saya fikir Luke Shaw cemerlang di bek kiri dan mungkin pemain pilihan dalam kumpulan pemain bagus. Dia tidak memberi Mohamed Salah peluang untuk melepasinya.



"Kita lihat United menyerang selepas waktu rehat dan mereka adalah pasukan yang lebih baik dalam babak kedua. Sebelum perlawanan, saya pasti mereka akan dapat satu mata, tetapi mereka seharusnya menang perlawanan itu dengan peluang yang mereka ada."



United akan meneruskan perjuangan mereka untuk menjulang takhta liga musim ini dengan menentang Fulham di Craven Cottage hari ini. - Agensi berita.




Kemajuan yang mereka capai sepanjang enam bulan lalu, dan bahkan membincangkan bahawa Man United kini di tangga teratas liga... ada kemajuan nyata. Bahagian seterusnya adalah bahagian paling sukar. Jika anda hendak menang liga, anda harus menang perlawanan-perlawanan sengit ini. Mereka belum menunjukkannya."
- Bekas kapten Man U Roy Keane.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >