Premium
United tempah tempat suku akhir Liga Europa
Kalahkan LASK Linz 2-1 bagi kemenangan agregat 7-1, akan temui FC Copenhagen pada suku akhir di Cologne
Aug 7, 2020 | 5:30 AM
MANCHESTER: Bekas juara Liga Europa Manchester United menempah tempat suku akhir pertandingan itu selepas pasukan yang dibentuk daripada pemain skuad terkial-kial menewaskan LASK Linz 2-1 di tempat sendiri semalam.
Kemenangan tersebut melengkapkan kemenangan agregat 7-1 United ke atas kelab dari Austria itu.

