Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

United tidak berhasrat jual Martial, Spurs ingin dapatkan Martinez

Aug 12, 2021 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

MANCHESTER United tiada rancangan untuk menjual penyerang Anthony Martial (kiri) dalam musim panas ini setelah pemain Perancis berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan juara Serie A, Inter Milan.

Martial, yang diakui potensinya, gagal menyerlah musim lalu setelah melalui persembahan yang tidak konsisten musim sebelumnya.

Bekas kapten United, Roy Keane, dalam rancangan radio BBC berkata pasukan Red Devils itu wajar mempertimbangkan dengan serius sekiranya terdapat tawaran bagi Martial.

"Mereka harus pergi mendapatkan (Harry) Kane...untuk benar-benar bersaing untuk kejuaraan liga, saya rasa United harus mendapatkan Kane. Martial adalah pemain yang baik tapi beliau tidak akan memenanginya piala untuk anda," ujarnya.

Sementara itu, kelab London, Tottenham Hotspurs, pula dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan penyerang Inter, Lautaro Martinez, 23 (kanan, atas) tahun, meskipun laporan daripada Italy berkata kelab tersebut tidak mahu kehilangan dua penyerang utama mereka setelah Romelu Lukaku dijangka menyertai Chelsea.

Namun, sumber-sumber yang rapat dengan Spurs berkata kelab itu hanya akan mempertimbangkan permintaan kapten mereka, Kane, untuk meninggalkan Spurs sekiranya mereka dapat pengganti yang sesuai.

"Seorang seperti Matinez boleh menggantikan Kane dengan selesa," kata sumber itu.

Masih lagi dengan topik penyerang, pemain Everton, Richarlison, 24 tahun (kanan, bawah), dijangka akan diturunkan dalam perlawanan pembukaan kelab Toffees itu menentang Southampton lusa.

Ini meskipun, pemain itu belum berehat sejak musim berakhir, kerana mewakili Brazil dalam Sukan Olimpik di mana beliau memenangi pingat emas.

Dalam pada itu, Arsenal yang dikecam hebat penyokongnya yang tidak puas hati dengan aktiviti mereka dalam pasaran pemindahan pemain dipercayai sedang menanti keputusan Martin Odegaard (bawah) mengenai masa depannya.

Pemain Real Madrid dan Norway berusia 22 tahun itu menyerlah semasa dipinjamkan ke Arsenal musim lalu, dan dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Real sebelum membuat keputusan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg